Isu-Isu Utama
11. PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR)
Malaysia menerima 232 syor mengenai isu hak asasi manusia semasa kitaran kedua UPR.
Kajian ini telah dijalankan oleh Kumpulan Kerja UPR Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 24
Oktober. Syornya adalah seperti berikut:
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Penyertaan kepada enam triti teras antarabangsa hak asasi manusia dan menarik
balik reservasi terhadap triti yang telah diratifikasi
Kebebasan bersuara
Kebebasan berhimpun dan berpersatuan
Kebebasan beragama
Keadaan Orang Asal, migran dan individu yang tiada status kewarganegaraan
Akses kepada perumahan, penjagaan kesihatan dan pendidikan
Memperkasakan wanita, kanak-kanak dan OKU
Pelaksanaan hukuman mati
Salah laku anggota penguatkuasa undang-undang
Kajian semula/pembaharuan undang-undang yang tidak selari dengan prinsip hak
asasi manusia
Pengukuhan dan kerjasama dengan Suruhanjaya
Antipemerdagangan orang
Malaysia mempunyai hak perogatif sama ada untuk menyokong syor tersebut atau sebaliknya.
Walau bagaimanapun, Suruhanjaya berharap agar Kerajaan akan menyokong sebanyak
mungkin syor yang boleh dilaksanakan ke arah mewujudkan standard yang lebih baik dalam
mempromosi dan melindungi hak asasi manusia.
12. PELAN TINDAKAN HAK ASASI MANUSIA NASIONAL (NHRAP)
Inisiatif Kerajaan dalam membangunkan NHRAP adalah dihargai. Walau bagaimanapun,
Suruhanjaya melahirkan kebimbangan dengan perkembangan pembangunan pelan tersebut
yang perlahan. Suruhanjaya berharap agar Kerajaan akan memberi keutamaan untuk
melengkapkan NHRAP, di samping memastikan skop pelan boleh dilaksana dan dihasilkan
berdasarkan rundingan bermakna dengan semua pihak berkepentingan, termasuk kumpulan
masyarakat sivil.
13. MAKLUM BALAS KERAJAAN TERHADAP LAPORAN TAHUNAN
SURUHANJAYA 2012
Ketika laporan ini ditulis, Suruhanjaya masih belum menerima maklum balas Kerajaan
terhadap Laporan Tahunan 2012, dan seperti tahun sebelumnya, ia tidak dapat menilai sama
ada Kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan telah memberi pertimbangan
terhadap hasil dapatan dan syor-syor Suruhanjaya bagi memperbaiki keadaan hak asasi
manusia sepertimana yang terkandung dalam Laporan itu. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya
telah memasukkan penilaiannya, setakat mana yang berkenaan, berhubung maklum balas
Kerajaan terhadap beberapa isu yang dinyatakan dalam Laporan Tahunan 2011.
16