Isu-Isu Utama
9. TEMPAT TAHANAN
Berdasarkan lawatan berkala yang dijalankan, Suruhanjaya mendapati keadaan di pusat
tahanan secara umumnya memenuhi standard minimum. Walau bagaimanapun masih terdapat
ruang untuk penambahbaikan:
•
Sekurang-kurangnya seorang pengamal perubatan harus ditempatkan di pusat
tahanan untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada kakitangan dan tahanan,
serta nasihat mengenai makanan yang bersesuaian untuk tahanan yang sakit.
•
Peruntukan bajet makanan untuk tahanan perlu dikaji semula dari semasa ke
semasa dan diseragamkan untuk semua pusat tahanan.
•
Kerajaan perlu menangani kekurangan sumber manusia di penjara dan pusat
tahanan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program pemulihan untuk
banduan dan tahanan.
•
Kerajaan perlu meneliti hak, kebajikan dan keadaan persekitaran kerja kakitangan
di semua pusat tahanan, terutamanya mereka yang terdedah kepada penyakit
berjangkit.
10. LAPORAN INKUIRI NASIONAL MENGENAI HAK TANAH ORANG
ASAL/ASLI DI MALAYSIA (LAPORAN NI)
Suruhanjaya telah melengkapkan Laporan NI pada bulan
April dan mengumumkan kepada orang awam pada 5
Ogos, berikutan keputusan Kerajaan untuk menubuhkan
sebuah Pasukan Petugas Khas bagi mengkaji hasil
dapatan, syor dan cadangan laporan tersebut. Walaupun
Suruhanjaya mengalu-alukan maklum balas serta merta
daripada Kerajaan, ia berpandangan bahawa Laporan NI
tersebut harus dibincangkan di Parlimen.
Memandangkan kepentingan hasil dapatan terhadap
kesejahteraan Orang Asal, Suruhanjaya berharap agar
Pasukan Petugas Khas akan melengkapkan hasil
dapatannya dalam tempoh yang munasabah. Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang terlibat harus
memastikan pelaksanaan syor dan cadangan di bawah
enam tema Laporan NI dengan segera dan secara berkesan.
Memandangkan
kepentingan hasil dapatan
terhadap kesejahteraan
Orang Asal, Suruhanjaya
berharap agar Pasukan
Petugas Khas akan
melengkapkan hasil
dapatannya dalam
tempoh yang munasabah.
Terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hak tanah
Orang Asal. Suruhanjaya berpendapat adalah penting bagi Kerajaan mengiktiraf sepenuhnya
hak ini memandangkan Orang Asal adalah antara kumpulan yang paling terpinggir dan kurang
bernasib baik di Malaysia.
15