Isu-Isu Utama
(d) Rang Undang-Undang Kanun Prosedur Jenayah (Pindaan) 2013 dan Rang
Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2013
Peruntukan yang telah diperkenalkan dalam Akta-Akta induk di atas bertujuan untuk memberi
perlindungan yang lebih baik kepada saksi agar mereka dapat memberi keterangan tanpa
mendedahkan identiti. Walaupun Suruhanjaya mengakui pentingnya keperluan melindungi
saksi, ia bimbang bahawa hak seseorang tertuduh kepada perbicaraan yang adil mungkin akan
mengalami prejudis apabila berdepan dengan peruntukan kerahsiaan tersebut. Tertuduh atau
peguam mereka turut dinafikan akses kehakiman kepada saksi. Walaupun kedua-dua Rang
Undang-undang tersebut telah ditarik balik oleh Parlimen bagi membolehkan pindaan-pindaan
yang disyorkan diperhalusi, Suruhanjaya berharap agar ia akan dirujuk ketika proses kajian
semula.
2. AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA 1999
Fungsi dan kuasa Suruhanjaya sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Nasional perlu
diperkukuhan. Pada 2 Disember, Suruhanjaya telah mengemukakan sembilan syor bagi
meminda akta penubuhannya kepada YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri. Suruhanjaya berharap Kerajaan akan memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas
syor yang telah dikemukakan seperti berikut:
•
•
•
•
•
•
•
•
•
10
Mengukuhkan proses pemilihan Anggota
Suruhanjaya;
Melantik Anggota Suruhanjaya sepenuh
masa dan/atau separuh masa;
Menambahkan tempoh masa lantikan
Anggota Suruhanjaya;
Membolehkan Suruhanjaya menjalankan
lawatan mengejut dari semasa ke semasa
ke tempat tahanan;
Membolehkan Suruhanjaya menjalankan
mediasi;
Memformalkan proses konsultasi Kerajaan
bersama Suruhanjaya dalam penggubalan
dan pindaan undang-undang;
Memastikan pemberian dana tahunan yang
mencukupi kepada Suruhanjaya menerusi
Parlimen;
Membolehkan Suruhanjaya memainkan
peranan sebagai amicus curiae dalam kes
mahkamah yang membabitkan pencabulan
hak asasi manusia; dan
Memastikan Laporan Tahunan Suruhanjaya
dibahaskan di Parlimen.
Suruhanjaya merujuk
kepada komitmen
Kerajaan yang dibuat
semasa kitaran pertama
UPR pada tahun
2009, bahawa ia akan
mengambil langkah
untuk menyertai empat
triti - iaitu ICESCR,
ICCPR, ICERD dan
CAT. Suruhanjaya
menggesa agar Kerajaan
mempercepatkan
usahanya menerusi
Jawatankuasa Tetap
antara agensi mengenai
Hak Asasi Manusia yang
telah ditubuhkan untuk
mengkaji isu berkaitan.