Perutusan Pengerusi
Tahun ini menyaksikan pelantikan semula empat Anggota Suruhanjaya, termasuk saya
sendiri untuk tempoh tiga tahun lagi serta pelantikan tiga Anggota Suruhanjaya baru. Dalam
mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Khaw Lake Tee, Prof Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi
Hj Ab Majid dan Encik James Nayagam atas pelantikan semula mereka, saya juga mengucapkan
terima kasih atas komitmen dan sokongan berterusan mereka dalam membantu Suruhanjaya
menjalankan fungsinya. Saya amat berterima kasih kepada Datuk Dr Khaw Lake Tee atas
sumbangan besar beliau selaku Naib-Pengerusi Suruhanjaya dan Pengerusi Jawatankuasa
Laporan Tahunan.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada bekas Anggota Suruhanjaya iaitu Encik
Muhammad Sha’ani Abdullah, Datuk Detta Samen dan Puan Jannie Lasimbang atas dedikasi
mereka sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Dalam mengalu-alukan tiga Anggota
Suruhanjaya yang baru - Prof Dato’ Dr Aishah Bidin, Encik Francis Johen Adam, Encik Nordin
Kasim Madating yang menyertai Suruhanjaya pada 3 Jun, saya berharap dapat bekerjasama
dengan mereka sepanjang tiga tahun akan datang.
Dalam melangkaui tahun ke-14, Suruhanjaya berharap untuk bekerjasama erat dengan semua
pihak berkepentingan dalam memperjuangkan pematuhan hak asasi manusia yang lebih tinggi
di kalangan semua rakyat Malaysia.
TAN SRI HASMY AGAM
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
4