Perutusan Pengerusi Bagi empat tahun berturut-turut, Malaysia diletakkan di Kedudukan Kedua dalam Senarai Pemerhati oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai pemerdagangan orang. Kedudukan ini disebabkan oleh kekurangan kemajuan yang penting daripada pihak Kerajaan dalam menangani pemerdagangan orang berbanding tahun sebelumnya. Sebagai ahli Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, Suruhanjaya telah terlibat secara aktif dalam menyediakan input mengenai perkara seperti pemeriksaan tempat tinggal, prosedur operasi standard serta tinjauan mengenai pengurusan risiko. Berikutan pengumuman awam Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal di Malaysia (Laporan NI), Suruhanjaya telah merancang untuk mengambil inisiatif ke arah pelaksanaan syor-syor yang terkandung dalam Laporan NI. Namun demikian, sebelum Suruhanjaya dapat berbuat demikian, pihak Kerajaan mengumumkan keputusannya untuk menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk mengkaji Laporan NI. Dalam mengalu-alukan keputusan Kerajaan ini, Suruhanjaya telah menekankan pentingnya untuk pelaksanaan awal dan efektif bagi syor-syor tersebut. Pada pandangannya, adalah penting untuk isu ini diselesaikan secepat mungkin memandangkan ia telah berlarutan sekian lama dan menimbulkan kekecewaan di kalangan Orang Asal. Suruhanjaya mengekalkan profil yang tinggi dalam penglibatannya dengan badan hak asasi manusia serantau dan antarabangsa, terutamanya Majlis Hak Asasi Manusia (HRC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Antara perkembangan yang nyata adalah penglibatannya dalam semakan kedua Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) Malaysia dan pelantikan sebagai Pengerusi Forum Komanwel Institusi Hak Asasi Manusia Nasional (CFNHRI). Suruhanjaya percaya bahawa triti hak asasi manusia antarabangsa adalah rangka kerja utama dalam mencerminkan komitmen Negara terhadap standard sejagat. Memandangkan rekod Malaysia yang kurang memuaskan dalam menyertai triti teras hak asasi manusia antarabangsa yang mana hanya menyertai tiga daripada sembilan instrumen PBB sehingga kini, Suruhanjaya berpendapat perlunya untuk proses tersebut dipercepatkan. Kerajaan harus memulakan usahanya dengan empat triti yang mana ia telah komited untuk menyertai semasa kitaran pertama UPR iaitu Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik; Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan; dan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman; dan Konvensyen Menentang Penyeksaan, Hukuman Lain yang Zalim dan Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah. Memandangkan keahlian dan penglibatan aktif Malaysia dalam PBB dan agensinya seperti HRC sehingga baru-baru ini dan usaha terkini dalam bertanding untuk mendapatkan keahlian di Majlis Keselamatan PBB, Suruhanjaya berpendapat wujudnya alasan yang kukuh untuk Malaysia menjadi negara contoh dalam menegakkan hak asasi manusia. Ini bukan setakat untuk menghormati hak asasi manusia malahan untuk membantu Malaysia dalam aspirasinya untuk mencapai status Negara maju menjelang akhir dekad ini. Suruhanjaya sedar akan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam lingkungan hak asasi manusia terutamanya tanggapan salah di kalangan sesetengah kumpulan bahawa hak asasi manusia merupakan ‘agenda dorongan Barat’ dan seruan mereka agar Malaysia tidak tunduk 2

Select target paragraph3