Modul Hak Asasi Pasca UPSR Langkah-langkah pelaksanaan 1. Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang setiap kumpulan. Pastikan setiap kumpulan mengandungi ahli yang mempunyai personaliti yang berbeza bagi mewujudkan kepelbagaian. 2. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan sebiji belon. 3. Semua ahli kumpulan perlu membawa sebiji belon secara bersama dari tempat pemulaan (titik A) ke tempat penamat (titik B). Walau bagaimanapun, setiap ahli kumpulan hanya boleh menggunakan sebelah tangan, di mana hanya dua jari boleh digunakan untuk memegang belon tersebut. 4. Mana-mana ahli tidak boleh melepaskan belon tersebut sepanjang proses membawa belon dari titik A ke titik B. 5. Guru boleh menggunakan meja, kerusi, kon dan sebagainya sebagai penghalang perjalanan kumpulan-kumpulan tersebut di antara titik A dan titik B. Kumpulan perlu mengharungi halangan di sepanjang perjalanan tanpa melepaskan belon. 6. Guru boleh mengikut kreativiti masing-masing untuk mewujudkan halangan. Walau bagaimanapun, guru perlu memastikan halangan-halangan yang diwujudkan tidak mendatangkan bahaya kepada murid. 7. Kumpulan yang tiba dahulu ke titik B dengan belon yang masih dalam keadaan baik, dikira sebagai pemenang. Perbincangan/Pembentangan 8. Selepas tamat aktiviti, berikan ruang kepada murid untuk membuat sedikit refleksi minda mengenai aktiviti yang telah mereka lakukan sebentar tadi. 9. Refleksi boleh ditekankan kepada aspek reaksi berbeza yang ditunjukkan oleh setiap murid sepanjang aktiviti dijalankan. Guru perlu mengingatkan murid bahawa walau apa pun reaksi yang dapat diperhatikan, semua manusia adalah sama. Penutup 10. Guru mengakhiri pelajaran hari ini dengan menekankan hak kanak-kanak serta kemanusiaan yang diperolehi dari pelajaran hari ini. 11. Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai yang diperolehi hasil dari pelajaran hari ini. 12. Guru boleh berkongsi maklumat tambahan dan fakta yang tepat mengenai hak asasi manusia. 34

Select target paragraph3