Modul Hak Asasi Pasca UPSR
Penutup
7. Guru mengakhiri pelajaran hari ini dengan menekankan hak kanak-kanak serta
kemanusiaan yang diperolehi dari pelajaran hari ini.
8. Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai yang diperolehi hasil dari pelajaran hari ini.
Nota rujukan untuk guru :
i.
Hak asasi manusia adalah hak asasi dan kebebasan yang dimiliki oleh semua
manusia. Hak-hak ini telah dinyatakan dalam 30 Artikel Perisytiharan Hak Asasi
Manusia Sejagat (UDHR) yang diterimapakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu pada 10 Disember 1948.
ii.
Hak kanak-kanak telah dinyatakan dalam CRC.
iii. Terdapat 54 artikel dalam CRC.
iv. Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah.
v. Antara artikel dalam CRC yang berkaitan dengan aktiviti :
•
Tiada diskriminasi (Artikel 2, CRC)
•
Kebebasan bersuara dan menyampaikan pendapat (Artikel 13, CRC)
Lampiran contoh ayat
Semua manusia adalah sama.
Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
Saya hormat kawan saya.
Sekolah tempat untuk belajar.
Saya sayang guru saya.
Semua kanak-kanak perlu bersukan.
Kanak-kanak mesti makan banyak sayur dan buah.
29