Modul Hak Asasi Pasca UPSR (xii) Patutkah guru memberi peluang hanya kepada murid yang menepati soalansoalan tadi untuk memenangi hadiah? Bagaimana perasaan kamu? (xiii) Bagaimanakah sepatutnya permainan tadi dijalankan bagi memberi peluang sama rata kepada semua murid? (xiv) Berikan contoh diskriminasi yang kamu tahu. (xv)Pada pendapat kamu, apakah antara sebab yang menyebabkan seseorang dipinggirkan? 9. Guru boleh memberikan definisi dan penerangan tentang kumpulan terpinggir dan diskriminasi. Guru menekankan tentang pentingnya kesamarataan tanpa mengira latar belakang individu serta kepentingan murid menghormati perbezaan antara satu sama lain. Penutup 10. Guru mengakhiri pelajaran hari ini dengan menekankan hak kanak-kanak serta kemanusiaan yang diperolehi dari pelajaran hari ini. 11. Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai yang diperolehi hasil dari pelajaran hari ini. Nota rujukan untuk Guru : xii. Definisi diskriminasi : layanan yang tidak adil dan saksama terhadap orang yang berlainan kategori samada atas dasar bangsa, keturunan, warna kulit, agama dan lain-lain. xiii. Berikut adalah antara artikel dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang berkaitan dengan aktiviti ini : • Tiada diskriminasi (Artikel 2, CRC) ○○ Menghargai persamaan yang ada dengan orang lain ○○ Belajar tentang orang lain ○○ Menghormati perbezaan yang wujud sesama manusia 19

Select target paragraph3