Modul Hak Asasi Pasca UPSR
Langkah-langkah pelaksanaan
1. Letakkan 2 buah kon secara berasingan pada jarak 20 meter di antara keduaduanya kemudian tandakan dengan huruf ‘A’ dan ‘B’.
2. Murid diminta berkumpul pada kon A.
3. Murid ditanyakan beberapa soalan mengenai identiti dan latar belakang mereka.
Murid yang jawapannya positif atau ‘ya’ akan mara sebanyak 3 langkah ke
hadapan. Murid yang berjaya sampai ke kon B terlebih dahulu akan mendapat
hadiah.
4. Cadangan soalan (Guru boleh menambah soalan lain) :
(v) Siapa yang lahir pada bulan _______________?
(vi) Siapa yang merupakan anak tunggal dalam keluarganya?
(vii) Siapa yang suka aktiviti sukan?
(viii) Siapa yang boleh bertutur lebih daripada 1 bahasa?
(ix) Siapa yang mendapat kedudukan dalam kelas lebih tinggi dari kedudukan 10
pada peperiksaan akhir tahun lalu?
(x) Siapa yang pandai berenang?
(xi) Siapa yang mempunyai alat permainan elektronik di rumah seperti PS4?
(viii) Siapa yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah?
(viii) Siapa yang datang ke sekolah dengan dihantar oleh ibu/bapa?
12. Pastikan keselamatan murid terjamin dan terkawal sepanjang aktiviti ini dijalankan.
Aktiviti Tambahan (pilihan)
6. Tambahkan halangan-halangan atau teknik pergerakan yang berlainan bagi
setiap soalan berbeza seperti melompat, berjalan senget, menjengket dan
sebagainya.
Perbincangan/Pembentangan
7. Selepas tamat permainan, berikan ruang kepada murid untuk membuat sedikit
refleksi minda mengenai pengalaman mereka sebentar tadi.
8. Guru boleh menggunakan soalan-soalan di bawah sebagai panduan.
(ix) Apakah perasaan kamu tentang permainan tadi?
(x) Kepada murid yang dapat mara ke hadapan dan turut serta dalam pemainan,
apakah perasaan kamu terhadap mereka yang langsung tidak dapat mara?
(xi) Kepada murid yang masih berada atau masih terlalu dekat dengan kon A,
adakah permainan ini adil bagi kamu? Kenapa?
18