MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Senario Bom Berdetik Senario bom berdetik adalah “pemikiran hipotesis” yang digunakan untuk mempersoalkan larangan mutlak penyeksaan. Ia dapat dirumuskan seperti berikut: “Katakan seorang suspek pengganas telah ditangkap oleh pihak polis sebelum melakukan serangan. Suspek dipercayai terlibat merancang satu serangan bom yang pasti akan berlaku dalam masa terdekat yang akan mengakibatkan kematian orang awam. Pengganas tersebut hanya akan mendedahkan maklumat berkaitan serangan berkenaan sekiranya dia diseksa. Satu-satunya cara untuk menghalang serangan itu adalah dengan melakukan penyeksaan. Adakah anda akan melakukannya, ya atau tidak?” “TIDAK” kepada pengecualian larangan penyeksaan Penyeksaan tidak boleh digunakan dalam apa keadaan sekalipun. Adalah mustahil mana-mana anggota atau pegawai polis yang tidak berpengalaman atau mendapat latihan dalam melakukan penyeksaan akan berjaya mendapatkan maklumat daripada pengganas terlatih atau telah diindoktrinasi. Oleh itu, mereka perlu dilatih menjadi penyeksa profesional yang tidak peka terhadap keperitan dan penderitaan orang yang berada di tahanan untuk teknik penyeksaan tersebut berjaya. Persoalannya adakah kita mahukan penguatkuasa undang-undang sebegitu berada dalam masyarakat. Bagaimanapun, ramai pakar penyiasatan berpandangan bahawa peluang lebih besar untuk mendapatkan maklumat yang menyelamatkan nyawa dengan menggunakan kaedah pujukan, tipu muslihat, atau kaedah-kaedah lain. Oleh itu, sekiranya nyawa ramai orang bergantung kepada maklumat yang tepat dan cepat, kita pasti tidak mahu ada yang membuang masa menggunakan penyeksaan. Rujukan: Defusing the Ticking Bomb Scenario, Why we must say No to torture, always, Association for the Prevention of Torture (APT), 2017. 86 

Select target paragraph3