MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
1. Penyeksaan – Pengenalan
• Penyeksaan atau ‘torture’ berasal daripada bahasa Latin iaitu ‘tortus’. Penyeksaan
didefinisikan sebagai penderitaan fizikal atau mental yang dikenakan secara
sengaja, sistematik atau tidak sengaja oleh satu atau lebih orang yang bertindak
sendirian atau atas perintah mana-mana pihak berkuasa, untuk memaksa orang lain
memberikan maklumat, membuat pengakuan, atau atas sebab lain.14
• Penggunaan
penyeksaan
secara
sistematik
dalam
prosedur
jenayah
bermula sejak zaman tamadun awal lagi. Gambaran penyeksaan boleh
dilihat pada monumen-monumen zaman Mesopotamia dan Mesir kuno15
Figure 1 Ukiran pada makam Mereruka di Saqqara menggambarkan lelaki yang dipasung16
• Selepas Perang Dunia Kedua, PBB telah menerima pakai UDHR, yang mana, Artikel
5 menyatakan bahawa ‘tiada sesiapa pun boleh dikenakan penyeksaan atau
hukuman dan layanan yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan
maruah’.
• Larangan penyeksaan diperkukuhkan dengan PBB menerima pakai UNCAT pada
10 Disember 1984. Sehingga tahun 2020, 171 negara daripada 193 negara ahli PBB
telah meratifikasi UNCAT menyatakan komitmen untuk menolak penyeksaan dan
layanan atau hukuman yang kejam, tidak berperikemanusian dan menjatuhkan
maruah.
• Dalam ‘General Comment No. 2’ yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa PBB
Menentang Penyeksaan (CAT Committee) bertarikh 24 Januari 2008 menyatakan
bahawa:
Perisytiharan Tokyo 1975 – Garispanduan untuk ahli perubatan berkaitan penyeksaan dan layanan atau
hukuman lain yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah berhubung dengan penahanan
dan pemenjaraan. Boleh diakses di https://www.wma.net/policies-post/wma-declaration-of-tokyo-guidelinesfor-physicians-concerning-torture-and-other-cruel-inhuman-or-degrading-treatment-or-punishment-in-relationto-detention-and-imprisonment/.
15
May, L. (2019). Ancient Mesopotamia and Egypt. In Ancient Legal Thought: Equity, Justice, and Humaneness
From Hammurabi and the Pharaohs to Justinian and the Talmud. Cambridge: Cambridge University Press
16
Boleh diakses di https://www.asor.org/anetoday/2016/01/crime-and-punishment-in-pharaonic-egypt/
14
84