MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
MODUL 5:
LARANGAN DAN PENCEGAHAN PENYEKSAAN DAN LAYANAN
ATAU HUKUMAN ZALIM, TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN ATAU
MENJATUHKAN MARUAH
KANDUNGAN
Nota Rujukan Tenaga Pengajar
1. Penyeksaan – Pengenalan
2. Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang
Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak
Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT).
Aktiviti 1: Faktor yang membawa kepada penyeksaan dan langkah
pencegahan
Aktiviti 2: Role Play
Aktiviti 3: Perbincangan Kajian Kes
PENDAHULUAN:
Modul ini membincangkan mengenai pencegahan penyeksaan serta kaitannya
dengan hak asasi manusia dan kepolisan.
Hak untuk bebas daripada sebarang bentuk penyeksaan adalah merupakan hak
mutlak yang bermaksud tidak boleh disekat atau dilanggar walau dalam apa keadaan
sekalipun. Modul ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan bagi pegawai
dan anggota polis memahami situasi penyeksaan serta langkah pencegahan dari
berlakunya penyeksaan.
Modul ini juga memperkenalkan mengenai UNCAT dan perbincangan lanjut berkenaan
hak asasi manusia dan isu-isu penyeksaan.
Malaysia memberi komitmen sepenuhnya dalam mengiktiraf hak asasi manusia, namun
Malaysia belum menandatangani dan meratifikasi UNCAT.
OBJEKTIF
MODUL
i.
ii.
Peserta dapat memahami UNCAT.
Peserta diberi pendedahan untuk mengenalpasti punca berlakunya
penyeksaan serta langkah pencegahan penyeksaan dalam
menjalankan tugas kepolisan.
iii. Peserta mendapat pengetahuan dan kesedaran tentang undang –
undang antarabangsa berkaitan.
83