MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Kajian kes: Menempatkan kumpulan yang berbeza ke dalam sel tahanan Anda menangkap sekumpulan penunjuk perasaan yang terlibat dalam tunjuk perasaan ganas di luar sebuah mahkamah di mana seorang lelaki sedang dibicara kerana kesalahan merogol kanak-kanak. Seorang pegawai polis terbunuh dan tiga lagi cedera ketika mengawal tunjuk perasaan tersebut. Suspek telah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya. Suspek terdiri daripada: • Seorang ibu dan anaknya yang berumur 10 tahun • Tiga wanita dewasa • Tujuh lelaki: seorang mengalami luka peluru di kakinya dan seorang lagi berkerusi roda. Anda adalah pegawai yang bertanggungjawab. Anda mesti menempatkan OYDS di dalam sel yang sesuai. Terdapat tiga sel di balai polis berkenaan. Setiap sel boleh memuatkan 7 orang. SEL 1 diduduki oleh seorang kanak-kanak lelaki, berumur 17 tahun, yang dituduh merogol seorang kanak-kanak perempuan. Siapa yang akan anda masukkan ke dalam sel ini? SEL 2 diduduki oleh 5 OYDS lelaki yang disyaki terlibat dalam pelbagai jenayah kekerasan dari serangan bersenjata hingga rompakan. Siapa yang akan anda masukkan ke dalam sel ini? SEL 3 kosong. Siapa yang akan anda masukkan ke dalam sel ini? 76 

Select target paragraph3