MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Aktiviti 5: Penahanan sah Tujuan: Aktiviti ini bertujuan membincangkan penahanan yang sah dan prosedur berkaitan. Bahan: Senario-senario kes perbincangan Tempoh masa: 15 Minit Kaedah pelaksanaan a. Berdasarkan senario di bawah, bincangkan sama ada penahanan yang sah telah atau boleh dilakukan atau sebaliknya? Berikan alasan kepada jawapan tersebut. i. Pada satu sekatan jalan raya, anda menahan seorang wanita kerana memandu dalam keadaan mabuk. Anda membawanya ke balai polis. Bolehkah anda menahannya sehingga dia dibawa ke mahkamah 48 jam kemudian? ii. Seorang lelaki di pusat membeli-belah mengacukan pistol dan mengancam orang ramai. Anda menangkap lelaki tersebut dan membawanya ke balai polis. Bolehkah anda menahannya secara sah? iii. Sebilangan penduduk di suatu kawasan telah mencuri barangan di sebuah kedai di kawasan itu. Ramai jurugambar telah mengambil gambar orang yang mencuri. Anda tiba di tempat kejadian. Anda menangkap 20 orang dan membawa mereka ke balai polis. Adakah anda akan menahan mereka? Aktiviti 6: Penempatan OYDS Tujuan: Aktiviti ini bertujuan membincangkan penempatan OYDS di dalam sel yang sesuai dan sah. Bahan: Kajian kes Tempoh masa: 30 Minit Kaedah pelaksanaan a. Bahagikan peserta kepada 5 atau 6 kumpulan. b. Setiap kumpulan diberikan kajian kes di bawah dan diminta untuk membincangkan kajian kes tersebut selama 10 minit. c. Selepas itu beberapa kumpulan diminta untuk berkongsi penyelesaian mereka terhadap kajian kes tersebut. Peserta lain digalakkan memberi komen atau soalan kepada pembentang. d. Tenaga pengajar menamatkan aktiviti dengan rumusan berkaitan prinsip-prinsip asas penempatan OYDS di dalam lokap. 75 

Select target paragraph3