MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA c. Prinsip-prinsip umum penahanan Orang Kurang Upaya • Orang Kurang Upaya (OKU) termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang mana dalam interaksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan mereka dengan berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat secara saksama dengan orang lain. i. Penangkapan atau penahanan seseorang yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria harus mengikut undangundang dan selaras dengan kemanusiaan dan maruah diri. Tiada Orang Kurang Upaya boleh dilucutkan kebebasannya secara tidak sah atau sewenangwenangnya. ii. Setiap orang yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang dilucutkan kebebasannya akan dilayan secara berperikemanusiaan dan bermaruah, dan mengambil kira keperluan mereka termasuk dengan penyediaan penyesuaian yang munasabah. iii. Negara hendaklah memastikan perkhidmatan yang tersedia untuk tahanan semasa dalam penahanan dapat diakses secara saksama oleh Orang Kurang Upaya. iv. Alternatif kepada penahanan harus diutamakan sekiranya kemudahan tempat tahanan yang sesuai dengan ketidakupayaan tidak dapat disediakan. v. Negara hendaklah memastikan bahawa tindakan tatatertib tahanan mengambil kira ketidakupayaan seseorang. vi. Negara hendaklah memastikan bahawa Orang Kurang Upaya dimaklumkan mengenai penahanan dan diberikan akses dengan segera dan mengikut keperluan kepada bantuan yang sesuai untuk melaksanakan kapasiti perundangan mereka, termasuk melalui penyediaan jurubahasa, maklumat dalam format yang boleh diakses dan / atau pihak ketiga yang bebas yang tidak diambil bekerja oleh penguatkuasa undang-undang serta berkelayakan. vii. Orang Kurang Upaya mesti menikmati kapasiti undang-undang sepenuhnya, akses kepada keadilan secara saksama dengan orang lain, layanan yang saksama di sisi undang-undang, serta pengiktirafan sebagai individu di hadapan undang-undang. viii. Komunikasi melibatkan Orang Kurang Upaya di dalam penahanan adalah secara saksama dengan orang lain. ix. Orang Kurang Upaya hendaklah dibenarkan untuk menyimpan sebarang bentuk alat bantuan yang berkaitan dengan kekurangan upaya mereka di dalam lokap. Sekiranya pihak berkuasa perlu merampas sebarang bentuk alat bantuan di atas alasan keselamatan, alternatif mesti disediakan. 74 

Select target paragraph3