MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
kebebasan hendaklah dipisahkan daripada orang dewasa melainkan jika
ia disifatkan demi kepentingan terbaik kanak-kanak itu untuk tidak berbuat
demikian dan hendaklah mempunyai hak untuk mengekalkan perhubungan
dengan keluarganya melalui surat-menyurat dan lawatan kecuali dalam hal
keadaan yang luar biasa;
d) Tiap-tiap kanak-kanak yang dilucutkan kebebasannya hendaklah mempunyai
hak akses yang cepat kepada bantuan guaman dan bantuan sesuai yang
lain serta hak untuk mencabar kesahan pelucutan kebebasannya di hadapan
mahkamah atau pihak berkuasa lain yang berwibawa, bebas dan saksama,
dan kepada keputusan yang cepat mengenai apa-apa tindakan yang
sedemikian.”
• Penahanan kanak-kanak adalah melanggar CRC sekiranya ia dilakukan menyalahi
undang-undang dan / atau secara arbitrari. Penahanan yang menyalahi undangundang adalah penahanan secara arbitrari tetapi penahanan secara arbitrari tidak
semestinya menyalahi undang-undang.Maksud arbitrari lebih luas merangkumi
penahanan yang dilakukan secara ‘tidak adil’, ‘tidak wajar’ atau ‘penyalahgunaan
kuasa’.
• Penahanan kanak-kanak tidak harus dijadikan suatu kebiasaan sebaliknya ia
adalah langkah terakhir selepas alternatif kepada penahanan tidak memadai untuk
mencapai objektif yang sah. Alternatif tersebut adalah seperti pelaporan kepada
polis secara berkala; teguran atau amaran polis; permohonan maaf bertulis atau
lisan; khidmat masyarakat; pemulihan kepada mangsa; penyertaan wajib dalam
kaunseling atau rawatan terapi untuk penyalahgunaan dadah atau alkohol.
• Sekiranya penahanan ke atas kanak-kanak adalah benar-benar perlu:
i. Kanak-kanak mesti ditahan secara berasingan daripada orang dewasa,
ii. Kanak-kanak perempuan hendaklah ditahan di dalam sel secara berasingan
daripada kanak-kanak lelaki melainkan adalah demi kepentingan terbaik
kanak-kanak untuk ditempatkan bersama ahli keluarga yang juga ditahan.
iii. Kanak-kanak diberikan hak untuk kehadiran ibu bapa atau penjaga di semua
peringkat proses siasatan, kecuali jika dipertimbangkan sebaliknya untuk
kepentingan terbaik kanak-kanak.
iv. Semasa dalam tahanan, kanak-kanak diberikan penjagaan, perlindungan dan
bantuan sosial, pendidikan, vokasional, psikologi, perubatan dan fizikal yang
mungkin mereka perlukan.
v. Dalam semua proses kehakiman yang memberi kesan kepada kanak-kanak,
kanak-kanak itu mempunyai peluang untuk didengar secara langsung atau
melalui wakil pilihannya. Pandangan kanak-kanak harus diambil kira oleh pihak
berkuasa yang berkenaan.
vi. Sekiranya boleh, penahanan reman diganti dengan alternatif lain seperti
pengawasan ketat, penjagaan intensif atau penempatan bersama keluarga
dalam persekitaran pendidikan atau rumah, atau tempat lain yang selamat.
vii. Kanak-kanak akan dijamin hak kehadiran peguam mengikut pilihan mereka dan,
jika diperlukan, akses kepada perkhidmatan undang-undang secara percuma,
dari masa tangkapan sehingga kepada proses keadilan jenayah. Bantuan
undang-undang boleh diakses, sesuai dengan umur dan responsif terhadap
keperluan kanak-kanak.
viii. Kanak-kanak tidak boleh digari ketika penangkapan dan sepanjang penahanan.
73