MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA • Penahanan tidak sewajarnya dijadikan kebiasaan sebaliknya ia dilaksana hanya kerana keperluan untuk tujuan yang sah kerana penahanan menyebabkan seseorang individu kehilangan kebebasan diri. • Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah menggariskan prosedur penahanan seperti berikut: i. Reman dilakukan apabila didapati siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam di bawah Seksyen 28 KPJ dan terdapat asas untuk mempercayai bahawa tuduhan atau maklumat yang diperolehi berasas. ii. Pegawai polis hendaklah dengan segera mengemukakan sesalinan diari siasatan dan tertuduh kepada Majistret. Pegawai Penyiasat hendaklah memasukkan maklumat berkaitan reman sebelum ini (sekiranya ada) dan kaitannya dengan kes yang sedang disiasat di dalam Diari. iii. Jika kesalahan yang disiasat dihukum penjara kurang dari empat belas tahun, reman tidak boleh melebihi empat hari pada permohonan pertama dan tidak lebih dari tiga hari pada permohonan kedua; iv. Jika kesalahan yang disiasat boleh dihukum mati atau penjara empat belas tahun atau lebih, reman tidak boleh melebihi tujuh hari pada permohonan pertama dan tidak lebih dari tujuh hari pada permohonan kedua. v. Majistret perlu mengambikira tempoh reman sebelum dan kaitannya dengan kes yang sedang disiasat sebelum membuat keputusan berkenaan tempoh pelanjutan reman. • Hak asasi Orang Yang Disyaki (OYDS) adalah: i. Hak untuk dimaklumkan sebab tangkapan dengan seberapa segera ii. Hak untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah iii. Penahanan adalah satu pengecualian kepada norma biasa iv. Hak akses kepada keadilan a. Prinsip-prinsip umum berkaitan penahanan wanita • Sekiranya penangkapan dan penahanan sebelum perbicaraan amat diperlukan, wanita dan kanak-kanak perempuan hendaklah: i. Diperiksa badan oleh pegawai polis wanita, dan dengan cara sesuai dengan maruah wanita. ii. Ditempatkan dalam sel yang berasingan daripada tahanan lelaki. iii. Sekiranya mereka mempunyai tanggungjawab menjaga anak, dibenarkan sebelum atau semasa penahanan untuk mengatur penjagaan anak-anak tersebut, dengan mengambil kira kepentingan terbaik kanak-kanak. iv. Dibekalkan dengan kemudahan yang diperlukan untuk menghubungi keluarga mereka, termasuk anak-anak, penjaga anak-anak dan peguam. v. Dibekalkan dengan kemudahan dan peralatan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan kebersihan khusus wanita, dan menyediakan kemudahan pemeriksaan dan penjagaan kesihatan wanita yang sesuai dengan maruah diri dan privasi termasuklah hak untuk dirawat oleh pegawai perubatan. vi. Tidak boleh dikenakan kurungan atau pengasingan disiplin sekiranya mengandung, menyusu atau ditemani oleh bayi. vii. Mempunyai akses kepada rawatan obstetrik dan pediatrik sebelum, semasa dan selepas kelahiran, sama ada di hospital atau kemudahan lain yang sesuai, dan tidak dikenakan sekatan fizikal sebelum, semasa dan selepas melahirkan anak. 71 

Select target paragraph3