MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
4. Suspek adalah seorang lelaki berusia lewat 30-an yang terlibat dalam 4 kejadian
rompakan bersenjata di 3 buah negeri. Suspek disyaki memiliki senjata api.
5. Suspek adalah seorang artis wanita terkenal berusia 35 tahun dan disyaki terlibat
dalam aktiviti ‘Macau Scam’. Ketika tangkapan hendak dilakukan beliau cuba
melarikan diri.
6. Suspek adalah seorang bekas tentera yang mengalami masalah skizofrenia.
Laporan polis dibuat oleh dua orang wanita terhadap beliau kerana berkelakuan
tidak sopan di tempat awam.
b. Hasil perbincangan ditulis di atas kertas mahjong dan dibentangkan.
3. Penahanan
Jawab Betul atau Salah
1. Sekiranya anda menangkap seseorang, anda juga mesti menahannya.
2. Penahanan adalah sesuatu pengecualian, bukan kebiasaan.
3. Seseorang yang telah ditangkap secara sah (dengan kata lain,
penangkapan itu berdasarkan bukti yang munasabah, tidak diskriminasi
dan betul dari segi prosedur), dia kehilangan hak kepada kebebasan.
4. Seseorang tahanan tidak boleh berjumpa dengan peguamnya secara
tertutup dan tidak dapat didengar. Seorang anggota polis mesti hadir
semasa perjumpaan tersebut.
5. Seorang ibu dan anak lelakinya yang berumur 12 tahun boleh ditahan di
dalam sel yang sama.
6. Penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman tetapi masih mempunyai
kes lain yang dibicarakan di mahkamah boleh ditahan di dalam satu sel
dengan tahanan reman lain jika kesalahan mereka sama.
7. Pegawai yang bertugas di lokap bertanggungjawab untuk semua perkara
yang berlaku di dalam sel.
• Penahanan adalah satu bentuk batasan kepada hak asasi terhadap kebebasan
diri dan bergerak. ‘Orang Yang Disyaki’ (OYDS) bermaksud mana-mana orang yang
belum dilucutkan kebebasan diri kecuali mereka telah disabitkan kesalahan oleh
mahkamah.
• Penahanan bermaksud menafikan kebebasan seseorang tanpa kerelaannya susulan
daripada tangkapan. Terdapat tiga kaedah penahanan di bawah undang-undang
Malaysia iaitu pemenjaraan, sekatan dan accompaniment.
• Sesuatu penahanan adalah sah apabila ia dilaksanakan mengikut prosedur
penahanan yang ditetapkan oleh undang-undang termasuklah ditempatkan di
tempat tahanan yang telah digazetkan.
• Anggota atau pegawai Polis mempunyai kuasa untuk menahan seseorang selama
24 jam selepas tangkapan untuk tujuan siasatan. Sekiranya penahanan tersebut
hendak dilanjutkan maka permohonan reman perlu diperolehi daripada Majistret.
Maksimum tempoh reman adalah 14 hari.
70