MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Cadangan jawapan untuk tenaga pengajar
Tindakan yang betul
Tindakan yang salah
• Sah untuk memeriksa premis sekiranya
ada kecurigaan yang munasabah
dan tindakan memecahkan pintu
adalah berkadaran dengan kesalahan
yang disyaki dilakukan. Dalam kes ini,
terdapat banyak aduan mengenai
dadah dikilangkan di rumah tersebut.
• Mereka memperkenalkan diri sebagai
pegawai/anggota polis.
• Mereka tidak menerangkan sebab
penggeledahan.
• Tiada keperluan untuk mengarahkan
wanita berhenti menyusukan bayi
dan
mengugut
untuk
menangkapnya.
• Kanak-kanak sebaiknya ditemuduga
dengan kehadiran ibu bapa/
penjaga.
• Tidak merekodkan barang yang
dirampas.
2. Penangkapan
• Secara teknikal tangkapan dilakukan apabila pegawai atau anggota polis
memegang badan atau menghalang pergerakan seseorang atau apabila individu
berkenaan menyerah diri melalui perkataan atau perbuatan (Seksyen 15 (1) Kanun
Prosedur Jenayah).
• Prosedur tangkapan
Persediaan
Membuat
tangkapan
Mengiringi
OKT ke
lokap
Memeriksa OKT
dan merekodkan
maklumat
• Tangkapan boleh dikategorikan kepada tangkapan dengan waran dan tangkapan
tanpa waran.
i. Tangkapan dengan waran adalah untuk kesalahan yang tidak boleh ditangkap
(non-seizable offence) sebagaimana senarai Kolum Ketiga, Jadual Pertama
dalam Kanun Prosedur Jenayah di mana kesalahan yang melibatkan hukuman
penjara kurang daripada 3 tahun atau denda sahaja. Waran ialah satu dokumen
yang sah dari segi undang-undang yang membenarkan seseorang untuk
melakukan tangkapan. Dalam hal ini, Majistret, Hakim, Pesuruhjaya Kehakiman
dan pegawai polis pangkat tertentu mengikut undang-undang berkenaan boleh
mengeluarkan waran kepada pegawai polis untuk menjalankan tangkapan
terhadap individu yang dinamakan.
ii. Tangkapan tanpa waran lazimnya dilakukan apabila seseorang telah melakukan
atau cuba melakukan kesalahan yang boleh ditangkap (seizable offence) ketika
kehadiran pegawai/anggota polis. Seksyen 105 KPJ memberikan kuasa kepada
pegawai polis untuk melakukan tangkapan bagi mengelakkan perlakuan
kesalahan yang boleh ditangkap sekiranya tiada cara lain untuk mencegah
kesalahan tersebut daripada berlaku.
63