MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Cadangan jawapan untuk tenaga pengajar
Tindakan yang betul
Tindakan yang salah
• Berhak untuk menghentikan seseorang
sekiranya ada kecurigaan yang
munasabah
berdasarkan
laporan
yang diterima mengenai kejadian
serta deskripsi mengenai kereta.
• Berkadar - ya. Ia adalah berkadar
untuk
memberhentikan
kereta.
Semakin
besar
kesalahannya,
semakin tinggi risiko.
• Mereka memperkenalkan diri mereka
sendiri.
• Mereka
menerangkan
tujuan
pemeriksaan
kereta
dibuat.
Mereka
mempunyai
kecurigaan
yang munasabah untuk membuat
pemeriksaan.
• Tidak sah menahan kenderaan
atau orang jika tidak ada alasan
munasabah.
• Pemeriksaan
badan
hendaklah
dilakukan oleh individu sama jantina.
Kumpulan 3: Menggeledah premis
Pelakon: Lima pegawai polis dan tiga orang di premis iaitu seorang wanita menyusukan
bayi, seorang wanita tua yang pekak dan kanak-kanak 10 tahun.
Prop: Senapang, boneka
Jalan cerita:
Polis mendapat banyak aduan dari masyarakat mengenai sebuah rumah yang
dijadikan sebagai kilang dadah. Lima anggota polis pergi ke premis tersebut. Anda
mengetuk pintu dan memperkenalkan diri anda sebagai pegawai polis. Tidak ada
yang membuka pintu. Anda mengetuk lagi. Tiada jawapan. Anda memecahkan
pintu dan masuk lalu mengacukan pistol. Di dalamnya terdapat seorang wanita
yang sedang menyusukan bayi, seorang wanita tua dan seorang kanak-kanak
berumur 10 tahun. Mereka enggan bekerjasama. Anda memberitahunya bahawa
anda akan menangkapnya jika dia tidak bekerjasama. Anda meminta wanita tua
itu untuk mendedahkan lokasi dadah tersebut disimpan. Dia tidak menjawab. Anda
sedar bahawa dia pekak. Anda menyoal kanak-kanak berusia 10 tahun mengenai
dadah tersebut. Anda sedar dia tidak bercakap bahasa yang anda fahami. Anda
mula menggeledah rumah, , dan anda merampas beberapa barang tetapi tidak
merekodkan apa yang diambil. Anda beredar dari premis tersebut.
62