MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA Cadangan jawapan untuk tenaga pengajar Tindakan yang betul Tindakan yang salah • Polis mempunyai kuasa untuk menghalang pergerakan seseorang sekiranya ada kecurigaan yang munasabah. • Di sini ada kecurigaan yang munasabah, di mana terdapat bunyi letupan dan dua pemuda berkenaan berlari. Oleh itu menghenti dan memeriksa mereka adalah sah. • Tidak ada diskriminasi. • Cara menghentikan mereka adalah berkadaran dan perlu. • Polis merampas senjata itu. • Pemeriksaan dilakukan berhampiran tempat mereka dihentikan. • Mereka tidak menunjukkan sebarang pengenalan diri sebagai polis. • Mereka tidak memperkenalkan diri mereka. • Mereka tidak mengemukakan soalan sebelum memeriksa, yang mana boleh membantu membuat keputusan untuk mengambil langkah seterusnya. • Mereka tidak memberitahu tujuan atau alasan pemeriksaan. • Mereka tidak merekodkan barang rampasan. • Mereka menyimpan barang rampasan secara tidak wajar • Mereka tidak menahan suspek atau mencatat butiran diri suspek. Kumpulan 2: Menghentikan kenderaan Pelakon: Seorang lelaki dan seorang wanita di dalam kereta; dua pegawai polis lelaki; suara melalui walkie talkie Jalan cerita: Semua pegawai/anggota polis menerima makluman melalui walkie-talkie bahawa ada kejadian kecurian kereta menggunakan senjata berdekatan lokasi mereka. Kereta yang dicuri adalah BMW berwarna hitam dengan dua penumpang di dalamnya. Dua pegawai polis lelaki berpakaian preman mendengar makluman tersebut melalui walkie-talkie. Mereka kemudiannya melihat sebuah kereta BMW berwarna hitam dengan dua orang penumpang meluncur laju. Mereka mengejar kereta tersebut dan berjaya memintas serta menghentikannya. Mereka memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa. Mereka menerangkan tujuan mereka ingin membuat pemeriksaan. Mereka meminta lesen dan pemandu menunjukkannya. Mereka mengajukan soalan lain mengenai cukai jalan dan sijil pemilikan kereta. Mereka memutuskan untuk membuat pemeriksaan badan ke atas pemandu dan penumpang wanita. Mereka membuat pemeriksaan tepukan ke bawah ke atas wanita dan lelaki itu. Mereka tidak menemui apa-apa. Mereka memeriksa kereta dan tidak menemui apa-apa yang mencurigakan. Bagaimanapun, mereka menahan kereta tersebut berdasarkan persamaan maklumat yang diperolehi melalui walkie-talkie. Mereka memberitahu pemandu bahawa mereka boleh datang ke balai polis berhampiran untuk mengambil kereta berkenaan selepas 24 jam. 61 

Select target paragraph3