MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA • Hak asasi manusia yang mungkin dihadkan ketika tindakan halang dan pemeriksaan dilakukan ialah: Hak-hak yang terkesan Kebebasan untuk bergerak Sumber-sumber Perkara 9 Persekutuan Hak untuk dianggap tidak Perkara 5 bersalah sehingga dibuktikan Persekutuan bersalah oleh mahkamah Hak kepada maruah diri. Perkara 8 Persekutuan Standard Antarabangsa Perlembagaan Perkara 3 dan 9 UDHR, Perkara 9 (1) ICCPR Perlembagaan Perkara 11 (1) UDHR, Perkara 14 (2) ICCPR Perlembangaan Perkara 1 UDHR Perkara 10 (1) ICCPR Hak kepada privasi dan 116C Kanun Tatacara Jenayah Perkara 12 UDHR gangguan sewenangPerkara 17 ICCPR wenangnya terhadap privasi, keluarga, kediaman atau surat-menyurat Hak persamaan di hadapan Perkara 8 undang-undang dan tiada Persekutuan diskriminasi • Perlembagan Perkara 7 UDHR, Perkara 14 ICCPR Sesuatu tindakan ‘halang dan periksa’ terhadap seseorang adalah tidak melanggar hak asasi manusia sekiranya ia dilakukan secara sah. Terdapat tiga syarat yang perlu dipenuhi untuk tindakan ‘halang dan periksa’ yang sah iaitu: 1. Kedaulatan undang-undang; 2. Kesamarataan dan larangan diskriminasi di sisi undang-undang; dan 3. Pemeliharaan privasi dan maruah diri. Syarat 1: Kedaulatan undang-undang • Tindakan pemeriksaan hendaklah sah di sisi undang-undang iaitu individu yang melakukannya diberikan kuasa di dalam perundangan. Pemeriksaan bertujuan untuk mengesahkan atau menghilangkan kecurigaan yang munasabah dan perlu dilaksanakan mengikut peraturan atau prosedur yang telah ditetapkan di dalam undang-undang. • Pasukan polis boleh menghentikan mana-mana orang dengan tujuan melakukan pemeriksaan atau penggeledahan sekiranya timbul kecurigaan dengan alasan yang munasabah seperti: (a) untuk mendapatkan bukti atas kesalahan yang menyebabkan dia telah ditangkap; (b) untuk merampas barang seludup, hasil jenayah atau barang-barang lain yang diperolehi secara jenayah atau digunakan untuk tujuan kesalahan yang menyebabkan tangkapan; atau 56 

Select target paragraph3