MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA MODUL 4: APLIKASI PRINSIP HAK ASASI MANUSIA DALAM SIASATAN POLIS KANDUNGAN Nota Rujukan Tenaga Pengajar 1. Tahan dan Periksa Aktiviti 1: Senario pemeriksaan dan penggeledahan Aktiviti 2: Lakonan situasi 2. Penangkapan a. Panduan umum penggunaan senjata api Aktiviti 3: Senario tangkapan Aktiviti 4: Perbincangan dan pembentangan 3. Penahanan a. Prinsip umum berkaitan penahanan wanita b. Prinsip umum berkaitan penahanan kanak-kanak c. Prinsip umum berkaitan penahanan Orang Kurang Upaya Aktiviti 5: Penahanan sah Aktiviti 6: Penempatan Orang Kena Tangkap (OKT) Aktiviti 7: Penahanan kanak-kanak: perlu atau tidak? 4. Soal siasat Aktiviti 8: Syor Suruhanjaya Siasatan Polis PENDAHULUAN: Tanggungjawab polis adalah untuk mencegah jenayah dan menyiasat sesuatu jenayah yang telah berlaku agar penjenayah dapat dipertanggungjawabkan atas jenayah yang dilakukan. Dalam menjalankan tugasan tersebut, pasukan polis diberikan pelbagai kuasa untuk menjalankan siasatan yang melibatkan beberapa peringkat seperti berikut: i. ii. iii. iv. Pemeriksaan dan penggeledahan Penangkapan Penahanan Soal siasat Kuasa dan proses siasatan tersebut sudah semestinya akan mengehadkan hak asasi manusia. Walau bagaimanapun, pengehadan itu adalah sesuatu yang perlu untuk tujuan pencegahan jenayah. Apa yang penting adalah untuk memastikan bahawa kuasa dan proses siasatan tersebut diguna dan dijalankan secara sah, berkadaran, mengikut keperluan dan penuh kebertanggungjawaban agar ia tidak menjadi satu pelanggaran hak asasi manusia. Modul ini memperkenalkan panduan umum dalam melaksanakan proses siasatan polis agar selari dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia. Modul ini juga memperkukuhkan lagi aplikasi PLAN dalam tugasan kepolisan. 54 

Select target paragraph3