MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Kajian kes 5: Keganasan terhadap wanita
Encik D berulang kali menganiaya isteri dan ibunya dengan tindakan kekerasan. Selepas
beberapa tahun, tingkah laku Encik D yang ganas dan berbahaya menjadi perhatian pihak
polis melalui beberapa insiden pukul dan pertengkaran. Encik D telah menikam isterinya
sebanyak tujuh kali dan juga melanggar isteri serta ibunya dengan kereta. Selepas setiap
serangan, doktor memeriksa mangsa dan melaporkan pelbagai kecederaan, termasuk
pendarahan, lebam dan calar. Kedua-dua wanita itu disahkan oleh doktor mengalami
kecederaan yang mengancam nyawa.
Tuduhan jenayah dikenakan terhadap Encik D atas tiga dakwaan iaitu ancaman bunuh,
menyebabkan kecederaan tubuh yang serius dan cubaan membunuh. Encik D direman
sebanyak dua kali dan dibebaskan sementara menunggu perbicaraan.
Disebabkan tekanan dan ancaman bunuh Encik D, isteri dan ibunya menarik balik laporan
masing-masing terhadap Encik D. Mahkamah kemudiannya menghentikan perbicaraan 2
kes, tetapi meneruskan prosiding mengenai kejadian langgar dengan kereta. Encik D telah
disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan dan denda.
Isteri dan ibu Encik D pernah membuat laporan polis mengenai ancaman dan gangguan
Encik D. Mereka mendakwa bahawa hidup mereka dalam bahaya dan meminta pihak
berwajib mengambil tindakan segera. Disebabkan itu, Encik D disoal dan keterangannya
diambil oleh polis, tetapi dia kemudian dibebaskan.
Akhirnya, isteri dan ibu Encik D memutuskan untuk berpindah ke bandar lain, tetapi semasa
dalam perjalanan, Encik D menghalang van tersebut. Encik D membuka pintu penumpang
dan menembak ibunya. Dia mati serta-merta.
Soalan perbincangan:
1.
2.
3.
4.
Apakah hak asasi yang berkaitan dengan situasi yang berlaku dalam kes ini?
Apakah tanggungjawab negara yang sesuai?
Bagaimana anda menilai reaksi pihak berkuasa terhadap kejadian ganas ini?
Adakah negara telah mengganggu hak asasi manusia yang berlaku di situasi ini?
Bagaimana?
5. Adakah pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku?
6. Fikirkan cara alternatif untuk menangani keadaan ini. Apa pilihan lain yang mungkin
dipertimbangkan oleh polis .
52