MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
13
TINGKAH LAKU SUSPEK
Peningkatan agresif secara fizikal
Ancaman serangan
Agresif secara fizikal
Melawan tangkapan (Aktif)
Agresif secara lisan
Melawan tangkapan (Pasif)
Tenang
Bekerjasama
kekerasan berbahaya
Taktik mempertahankan diri
Teknik kawalan menggunakan tangan
sahaja
Perundingan
Dialog
Kehadiran fizikal
RESPON PENGUATKUASA
Kelakuan ganas
Ancaman nyawa kepada penguatkuasa dan orang awam
ii.
Kesesuaian tindakan: Tindakan yang dipilih perlu sesuai untuk mencapai objektif
yang dihasratkan. Tindakan yang gagal mencapai objektif boleh dianggap tidak
berkesan dan tidak berkadaran.
iii.
Hasil tindakan: Hasil tindakan yang dijangkakan dan campur tangannya dengan
hak asasi manusia mesti ditimbang berdasarkan kaitannya dengan tujuan yang
ingin dicapai. Ini merangkumi mempertimbangkan gangguan atau kerosakan
yang disebabkan oleh tidak mengambil tindakan tersebut. Sekiranya mudarat
disebabkan oleh tindakan itu jelas melebihi manfaatnya, tindakan tersebut mesti
dielakkan.
Di dalam PDRM sendiri, Ketua Polis Negara telah mengeluarkan Arahan Ketua Polis Negara
No. 78 Penggunaan Kekerasan Semasa Menjalankan Tugas Berpandukan Peruntukan
Undang-undang di bawah para 4.1 Kerangka Kerja Berpandukan Situasi.
Penggunaan kekerasan adalah berpandukan panduan-panduan berikut:1. Pegawai polis hendaklah menggunakan kekerasan di tahap kemunasabahan yang
objektif dalam mengawal sesuatu situasi dan dalam melaksanakan tangkapan.
2. Pegawai polis hendaklah tidak meneruskan penggunaan kekerasan melebihi daripada
tahap munasabah dalam mengawal keadaan sebaik sahaja sabjek telah tidak lagi
menentang dan kawalan ke atas sabjek telah diperolehi.
3. Pegawai polis hendaklah mempertimbangkan untuk mengurangkan kerosakan atau
kecederaan kepada sabjek serta menghormati dan memelihara hak-hak orang awam.
4. Pegawai polis hendaklah tidak mempamerkan, menunjuk atau mengancam untuk
menggunakan apa jua kaedah yang dibenarkan dalam opsyen penggunaan kekerasan
kecuali penggunaan tersebut adalah munasabah dan dibenarkan undang-undang.
13
Commonwealth Manual on Human Rights Training for Police, mukasurat 70
47