MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA • Sebahagian dokumen hak asasi manusia mengandungi peruntukan yang membenarkan pengehadan atau batasan terhadap hak asasi manusia dalam keadaan tertentu. Pengehadan lawan Pelanggaran hak asasi manusia Pengehadan Pelanggaran Lingkaran luar mewakili hak asasi manusia, manakala bahagian dalam adalah hak asasi yang mesti sentiasa dilindungi dan tidak boleh disekat. Anak panah pertama melambangkan tindakan yang mengehad hak asasi, anak panah kedua, tindakan yang melebihi pengehadan sehingga melanggar hak yang mutlak. Tangkapan, misalnya, mengehad Artikel 9 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 3 UDHRmengenai kebebasan tetapi tidak semestinya melanggar hak suspek sekiranya ia berdasarkan undang-undang dan menghormati prinsip keperluan dan keberkadaran. • Sama ada tindakan / tiada tindakan pihak berkuasa adalah pelanggaran hak asasi manusia bergantung atau tidak atas pelbagai faktor yang berkaitan dengan situasi tersebut dan perlu dipertimbangkan berdasarkan kes demi kes. Dalam menganalisis bagi menentukan keperluan dan keberkadaran, seseorang mesti mempertimbangkan: i. Keperluan tindakan: Tindakan tidak boleh melampaui kadar yang diperlukan oleh keadaan dan keperluan untuk mencapai tujuannya. Tindakan yang tidak mengganggu dan mencederakan, tetapi masih berkesan, harus diutamakan. Tindakan yang tidak perlu atau tidak seimbang dengan akibat tindakan tersebut harus dielakkan. 46 

Select target paragraph3