MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
4. Prinsip Asas Penguatkuasaan Undang-Undang
• Prinsip asas dalam penguatkuasaan undang-undang yang selaras dengan
piawaiaan hak asasi manusia adalah ‘PLAN’(proportionality, legality, accountability
dan necessity).
•
P
L
Prinsip ini perlu diterapkan kepada pasukan polis melalui latihan praktikal yang
berterusan. Tanpa latihan praktikal, prinsip-prinsip ini hanya akan kekal sebagai
konsep yang mampu diungkapkan tetapi tidak dapat diterjemahkan dalam
tindakan.
Keberkadaran / Proportionality
• Kuasa yang digunakan mestilah berkadaran dengan tahap keseriusan
kesalahan dan / atau objektif penguatkuasaan undang-undang yang
ingin dicapai. Apabila tindakan penguatkuasaan memberi kesan negatif
terhadap hak asasi seseorang, tindakan tersebut tidak boleh melampaui
objektif penguatkuasaan undang-undang tersebut.
• Bukan semua hak asasi manusia adalah mutlak dan negara boleh menyekat
hak tersebut atas alasan yang sah. Walau bagaimanapun, sekatan terhadap
hak asasi juga tidak mutlak. Di mana penguatkuasa undang-undang
mempunyai kepentingan yang sah iaitu untuk menguatkuasakan undangundang, kepentingan ini mesti seimbang dengan kepentingan hak asasi
manusia yang akan terjejas.
• Di mana tindakan penguatkuasaan undang-undang akan mengakibatkan
kesan negatif yang tidak seimbang, penguatkuasa undang-undang mesti
menahan diri daripada mengambil tindakan tersebut. Walaupun tujuannya
mungkin sah, tindakan penguatkuasaan undang-undang tidak dapat
dilakukan tanpa mengambilkira semua pertimbangan; kerana matlamat
tidak menghalalkan cara.
Keabsahan / Legality
• Undang-undang adalah punca kuasa tertinggi bagi mana-mana
penguatkuasa termasuklah polis. Sebarang tindakan penguatkuasaan mesti
berdasarkan peruntukan dalam undang-undang dan dijalankan mengikut
peruntukan tersebut, iaitu objektif tindakan penguatkuasaan mestilah selaras
dengan peruntukan undang-undang dan kuasa yang digunakan dalam
situasi tertentu mesti terkandung di dalam undang-undang.
44