MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA • Sekatan kepada hak dan kebebasan individu hanya dibenarkan sekadar yang termaktub di dalam undang-undang untuk tujuan yang sah atau semasa darurat. Pasukan polis tidak sewajarnya menjalankan penguatkuasaan yang menyalahi matlamat undang-undang dan / atau secara sewenang-wenangnya sebaliknya harus menghormati kedaulatan undang-undang. • Pelaksanaan norma-norma hak asasi manusia antarabangsa yang efektif adalah berdasarkan kedaulatan kepada undang-undang (rule of law) termasuklah menegakkan prinsip bahawa tidak ada orang yang berada di atas undangundang, dan bahawa undang-undang negara terpakai untuk setiap orang, tanpa diskriminasi, sama ada seseorang itu orang awam atau pemimpin kerajaan. Oleh itu, pasukan polis mempunyai kewajipan untuk bertindak dalam batasan undangundang. Negara mempunyai kewajipan untuk memastikan undang-undang adalah jelas, memberikan latihan yang mencukupi kepada pasukan polis dan sentiasa menggalakkan pematuhan kepada undang-undang. • Penguatkuasaan yang berlandaskan kepada undang-undang serta piawaian hak asasi manusia akan memberikan kesan positif antaranya adalah: Perkara Penguatkuasaan undangundang selari hak asasi manusia Penguatkuasaan undangundang mencabuli hak asasi manusia Keyakinan masyarakat Meningkatkan keyakinan kepada Mengurangkan keyakinan pasukan polis. kepada pasukan polis. Suri teladan (Role-model) Pasukan polis menjadi contoh Masyarakat sentiasa mencurigai kepada masyarakat untuk tindakan pasukan polis. menghormati undang-undang. Kerjasama masyarakat dalam pencegahan jenayah Mendekatkan hubungan pasukan polis dengan masyarakat yang akan mempercepatkan tugas pencegahan dan penyelesaian kes-kes jenayah. Merenggangkan hubungan pasukan polis dengan masyarakat yang akan menyukarkan tugas pencegahan dan penyelesaian kes-kes jenayah. Pendakwaan kes Meningkatkan peluang untuk berjaya di mahkamah kerana prosedur mengikut undangundang. Mengurangkan peluang untuk berjaya di mahkamah kerana prosedur menyalahi undangundang. Sistem keadilan negara Mengukuhkan masyarakat. Sokongan Memperoleh sokongan daripada Mendapat kritikan daripda semua pihak termasuk media pelbagai pihak termasuk media dan masyarakat antarabangsa. dan masyarakat antarabangsa. kepercayaan Melemahkan masyarakat. 42  kepercayaan

Select target paragraph3