MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
OBJEKTIF
MODUL
Peserta mengetahui tanggungjawab polis untuk melindungi,
menghormati dan memenuhi hak asasi manusia.
ii. Peserta dapat mengaplikasi prinsip asas dalam penguatkuasaan
undang-undang iaitu Prinsip PLAN (proportionality, legality,
accountability dan necessity) dalam tugas kepolisan.
iii. Peserta dapat membezakan antara pelanggaran hak asasi manusia
dan pengehadan ke atas hak asasi manusia yang dibenarkan
undang-undang.
i.
Nota Rujukan Tenaga Pengajar
1. Kedaulatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia
•
Kedaulatan undang-undang atau ‘Rule of Law’ merupakan salah satu daripada
Prinsip Rukun Negara. Matlamat utama undang-undang adalah:
i.
ii.
iii.
iv.
menjaga ketenteraman
menetapkan piawaian
menyelesaikan pertikaian
melindungi hak dan kebebasan individu.
•
Secara umumnya, pasukan polis adalah barisan hadapan dalam memastikan
kedaulatan undang-undang negara. Justeru itu, polis juga adalah pelindung hak
asasi manusia kerana salah satu matlamat undang-undang adalah melindungi hak
dan kebebasan individu.
•
Hak kepada keselamatan diri adalah antara hak yang paling asas untuk memastikan
hak-hak lain turut dapat dinikmati oleh setiap individu. Justeru itu, pernyataan
bahawa hak asasi manusia dan tugas kepolisan adalah sesuatu yang bercanggah
antara satu sama lain adalah tidak benar.
2. Polis dan Hak Asasi Manusia
•
Setiap negara mempunyai tiga tanggungjawab utama terhadap hak asasi manusia,
iaitu menghormati, melindungi dan memenuhi hak asasi manusia tanpa sebarang
diskriminasi. Sebagai agensi kerajaan, pasukan polis berperanan untuk mematuhi
tanggungjawab tersebut.
3 TANGGUNGJAWAB UTAMA NEGARA TERHADAP HAK ASASI MANUSIA
MELINDUNGI
MENGHORMATI
MEMENUHI
Tugas
negara
adalah
untuk melindungi, seupaya
mungkin, semua individu
daripada
sebarang
pelanggaran hak asasi oleh
mana-mana pihak atau oleh
situasi berbahaya.
Tugas negara adalah untuk
tidak
mengehad atau
mengenakan
sebarang
sekatan terhadap hak asasi
manusia rakyatnya kecuali
sekadar yang diperlukan.
Tugas
negara
adalah
untuk
menyediakan
perkhidmatan asas dan
keadaan
kehidupan
yang
membolehkan
setiap individu menikmati
hak-hak
asasi
mereka
sepenuhnya.
41