MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA MODUL 3: HAK ASASI MANUSIA DAN KEPOLISAN KANDUNGAN Nota Rujukan Tenaga Pengajar 1. Kedaulatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia 2. Polis dan Hak Asasi Manusia 3. Sumber Rujukan Piawaian Hak Asasi Manusia Untuk Polis 4. Prinsip Asas Penguatkuasaan Undang-Undang 5. Sekatan Hak Asasi Manusia: Pelanggaran atau Pengehadan Aktiviti 1: Analisis hak asasi manusia - Tanggungjawab melindungi, menghormati dan memenuhi hak asasi manusia PENDAHULUAN: Adalah menjadi tanggungjawab negara untuk mempertahankan kedaulatan undangundang, ketenteraman dan keselamatan di dalam sesebuah negara. Objektif tersebut boleh dicapai melalui penguatkuasaan undang-undang negara. Pasukan polis adalah salah satu agensi yang bertanggungjawab memastikan kedaulatan undang-undang, ketenteraman dan keselamatan negara. Pasukan polis diberikan pelbagai jenis kuasa berdasarkan undang-undang untuk membolehkan mereka melaksanakan kewajipan mereka menguatkuasakan undangundang dan memberikan bantuan apabila diperlukan. Kadangkala penggunaan kekerasan oleh pasukan polis menjadi perlu dan tidak dapat dielakkan dalam menguatkuasakan undang-undang. Akan tetapi, ia boleh mewujudkan situasi konflik antara pasukan polis serta masyarakat. Walaupun konfrontasi pada mulanya mungkin hanya melibatkan pegawai atau anggota polis dan individu yang terlibat sahaja, konfrontasi tersebut mampu menjejaskan kualiti hubungan sedia ada antara pasukan polis dan masyarakat secara keseluruhannya, terutama apabila tindakan yang diambil pihak polis adalah menyalahi undang-undang, tidak berkadaran atau tidak perlu. Oleh itu, prosedur pemantauan dan pemeriksaan yang mencukupi adalah penting bagi menjamin keseimbangan antara kuasa budi bicara pegawai polis dan tanggungjawab dari segi undang-undang. Melalui modul ini peserta akan diperkenalkan kepada prinsip-prinsip asas dalam penggunaan kuasa oleh polis agar penguatkuasaan yang dijalankan dapat memenuhi objektif yang dikehendaki termasuklah menghormati hak asasi manusia. Manakala aktiviti yang berdasarkan kajian kes akan membantu menambahbaik kemahiran peserta untuk menilai penggunaan kuasa yang wajar semasa tangkapan, penahanan dan sebagainya berdasarkan prinsip-prinsip asas tersebut. 40 

Select target paragraph3