MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Tip untuk tenaga pengajar: Mengatasi pandangan “kami tidak mempunyai sebarang
hak, tiada siapa yang peduli terhadap kami” di kalangan peserta.
• Tekankan bahawa pegawai dan anggota polis mempunyai hak yang sah untuk
menuntut hak asasi manusia berdasarkan undang-undang hak asasi manusia;
• Perjelaskan tanggungjawab individu sebagai pegawai dan anggota polis ke atas
perbuatannya dan bincangkan akibatnya;
• Gunakan kajian kes (lesson learn) mengenai hak asasi manusia pegawai polis;
• Rujuk kepada arahan semasa dalaman PDRM mengenai prosedur operasi
standard yang terkini;
• Dalam latihan senario, terangkan bahawa hak asasi anggota dan pegawai polis
juga dilindungi;
• Maklumkan bahawa badan pemantau seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia turut mengambil perhatian berkaitan dengan hak asasi anggota dan
pegawai polis;
• Jelaskan prosedur dalaman pasukan polis yang melindungi hak anggota dan
pegawai polis daripada perspektif hak asasi manusia (hak dalam pekerjaan,
kesatuan polis, peraturan keselamatan, isu keselamatan sosial, prosedur antidiskriminasi dan anti-gangguan seksual).
3. Apakah hak asasi manusia yang relevan kepada polis?
• Undang-undang hak asasi antarabangsa, Perlembagaan Persekutuan, undangundang domestik dan prosedur operasi pasukan menentukan senarai hak asasi
manusia anggota dan pegawai polis. Sekatan terhadap hak asasi untuk anggota
dan pegawai polis mestilah berdasarkan kepada undang-undang dan hanya
dibenarkan apabila ada tujuan yang sah serta memenuhi prinsip keseimbangan.
33