MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
“...Tiada sekatan boleh dikenakan ke atas hak ini selain daripada yang ditetapkan oleh
undang-undang dan yang perlu dalam masyarakat demokratik demi kepentingan
keselamatan negara atau keselamatan awam, ketenteraman awam, perlindungan
kesihatan awam atau moral atau perlindungan hak dan kebebasan orang lain.
Artikel ini tidak boleh menghalang pengenaan sekatan yang sah terhadap anggota
tentera dan polis dalam mengamalkan hak ini.”
• Sekatan tersebut dikenakan kerana kedudukan dan kuasa khusus yang diberikan
kepada pasukan tentera dan polis menyebabkan hak tersebut tertakluk kepada
sekatan yang lebih ketat berbanding dengan rakyat biasa. Ini mencerminkan
kepentingan mengutamakan keselamatan mengatasi kepentingan individu untuk
menikmati hak yang terhad. Walau bagaimanapun sekatan tersebut mestilah
mengikut undang-undang domestik dan tidak boleh dilaksana sewenang-wenangnya.
Contohnya Perlembagaan Hungary yang menghalang pegawai dan anggota polis
Hungary daripada menjadi ahli dalam parti politik dan ia tidak melanggar Artikel 10 dan
11 Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) kerana matlamat sekatan tersebut
adalah sah iaitu untuk mengelakkan institusi polis dipolitikkan selepas era komunis dan
semasa proses transformasi dari rejim totalitarian kepada demokrasi majmuk.
• Oleh itu, apa-apa sekatan yang dikenakan terhadap hak asasi manusia yang tidak
mutlak hendaklah selari dengan prinsip-prinsip yang terkandung dalam undang-undang
adat hak asasi manusia atau undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
• Pendedahan kepada situasi yang mencabar adalah sebahagian daripada tugas
seorang pegawai dan anggota polis yang memberikan kesan kepada emosi mereka.
• Oleh itu, sebuah pasukan polis mesti memastikan bahawa pegawai dan anggota polis
mempunyai prosedur operasi yang mencukupi serta mendapat latihan yang memadai
sebelum mereka masuk ke dalam situasi sedemikian. Latihan memberikan peluang
untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pegawai dan anggota polis tentang
kepentingan untuk melindungi dan menghormati hak asasi manusia walaupun dalam
situasi yang sukar.
• Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, hak asasi manusia adalah melibatkan
hubungan antara hak asasi individu dan tanggungjawab negara. Oleh itu, penting
untuk mengenalpasti pemegang hak dan pemikul tanggungjawab agar tuntutan hak
asasi manusia dikemukakan kepada pemikul tanggungjawab yang sebenar.
• Sekiranya berlaku tindakan agresif penjenayah sehingga menyebabkan kecederaan
terhadap anggota polis, maka pemegang hak dalam situasi tersebut ialah anggota
polis yang tercedera dan pemikul tanggungjawab ialah pasukan polis atau kerajaan.
Oleh itu dari perspektif hak asasi manusia, pasukan polis atau kerajaan perlu
dipertanggungjawabkan dengan persoalan berikut:
-
Bagaimanakah anggota atau pegawai polis diberikan persediaan untuk operasi?
Apakah langkah-langkah untuk melindungi mereka dalam situasi berbahaya?
Peralatan apa yang mereka perlukan?
Apakah langkah-langkah keselamatan yang telah dilaksanakan untuk menjamin
keselamatan anggota dan pegawai polis?
Apakah bantuan yang diberikan selepas berlaku kemalangan kepada anggota
atau pegawai polis berkenaan?
31