MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Aktiviti 2: Saya Faham Konsep Asas Hak Asasi Manusia
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta berkenaan konsep hak asasi
manusia melalui perbincangan kritis.
Bahan: Kertas mahjong, pen marker dan soalan perbincangan
Tempoh masa: 30 Minit
Kaedah pelaksanaan
a. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 5
hingga 8 orang.
b. Setiap kumpulan dibekalkan kertas mahjong dan pen marker. Lantik seorang jurutulis
dan seorang pembentang untuk setiap kumpulan.
c. Setiap kumpulan diberikan senarai pernyataan berkaitan hak asasi manusia serta soalan
perbincangan seperti di bawah. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membincangkan
satu atau dua pernyataan. Masa yang mencukupi diberikan untuk setiap kumpulan
berbincang berdasarkan kepada pernyataan dan soalan perbincangan. Setiap
pandangan yang dikemukakan perlu berdasarkan fakta dan alasan yang munasabah .
d. Setelah perbincangan selesai, jurutulis akan menulis hasil perbincangan di atas kertas
mahjong dan pembentang akan membentangkan hasil perbincangan tersebut.
e. Kumpulan lain digalakkan memberikan maklum balas atau soalan terhadap pandangan
yang dibentangkan selaras dengan hak kebebasan bersuara.
f.
Tenaga pengajar memberikan pandangan sekiranya terdapat pandangan yang tidak
selari dengan konsep dan prinsip-prinsip hak asasi manusia.
Senarai pernyataan dan soalan perbincangan
“Terlalu banyak perhatian diberikan kepada hak asasi manusia pada zaman ini
sehingga ramai orang telah terlupa tentang tanggungjawab mereka antara satu
sama lain dan kepada masyarakat”.
i. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Nyatakan alasan pandangan anda
tersebut.
ii. Pada pendapat anda, apakah hubungan antara hak asasi dan tanggungjawab?
iii. Kenapakah kita bercakap berkenaan hak asasi manusia dan bukannya
tanggungjawab manusia?
25