MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
perlembagaan atau undang-undang tidak jelas sebagaimana yang
ditetapkan dalam prinsip tersebut.
10
•
Dari ketiga-tiga hujah ini, hujah terakhir telah berjaya digunakan dalam
kes Noorfadilla bt Ahmad Saikin lawan Chayed bin Basirun dan lainlain10 pada tahun 2012. Noorfadilla telah ditawarkan kerja sebagai
Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Setelah menerima memo penempatannya,
dia diminta menghadiri taklimat mengenai syarat perkhidmatannya. Pada
taklimat itu, beliau ditanya apakah dia sedang mengandung. Setelah
mengakui dia mengandung, memo penempatannya ditarik balik. Plaintif
mengemukakan saman terhadap Kerajaan atas alasan tindakan tersebut
merupakan diskriminasi gender dan bertentangan dengan Perkara 8 (2)
Perlembagaan Persekutuan. Dalam penghakiman, Hakim mempertimbang
Prinsip Banglore di mana mahkamah harus mengambil kira perjanjian
antarabangsa yang diperakui oleh negara sama ada negara itu telah
menjadikan perjanjian tersebut sebagai undang-undang atau sebaliknya
untuk menghilangkan kekaburan atau ketidakpastian dalam perlembagaan
dan perundangan domestik. Oleh itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam kes
tersebut menperakui keperluan untuk mengambil kira tanggungjawab Malaysia
di bawah CEDAW dalam menafsirkan kesaksamaan dan diskriminasi gender di
bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan. Walaupun rayuan difailkan,
tetapi Kerajaan telah menarik balik rayuan tersebut. Oleh itu, keputusan tersebut
adalah kekal sehingga di akas di mahkamah yang lebih tinggi.
•
Namun, secara asasnya hak asasi manusia telah dijadikan sebahagian daripada
perundangan tertinggi negara apabila Bahagian II Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan secara khusus ‘Kebebasan Asasi’ di bawah Artikel 5 sehingga
13. Namun hak asasi bukan sahaja terhad di bawah Bahagian II Perlembagaan
Persekutuan, terdapat juga hak-hak yang disenaraikan di bahagian lain dalam
Perlembagaan Persekutuan. Sebahagian besar daripada hak-hak asasi manusia
di dalam UDHR terdapat persamaannya di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Noorfadilla Ahmad Saikin v. Chayed Basirun & Ors, [2012] 1 CLJ 769.
18