MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
•
Ini adalah sebagaimana diputuskan di dalam kes Universiti Merdeka lwn
Kerajaan Malaysia8 pada tahun 1981. Kes ini melibatkan permohonan
untuk menubuhkan universiti yang menggunakan bahasa Cina sebagai
bahasa pengantar. Kerajaan tidak meluluskan permohonan tersebut di
bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Pemohon berpendapat
bahawa penolakan permohonan tersebut tidak berperlembagaan dan
melanggar Artikel 26 UDHR yang menjamin akses kepada pendidikan
yang sama rata. Menerimapakai prinsip dualis, Mahkamah Tinggi berpendapat
bahawa UDHR bukan instrumen yang mengikat seperti undang-undang dan
bukan sebahagian daripada undang-undang Malaysia.
•
Konsep dualis ini masih ditemui dalam keputusan kes-kes yang terkemudian.
Contohnya pada tahun 2005, kes Beatrice a/p Fernandez lawan Syarikat
Penerbangan Malaysia9 di mana Mahkamah Persekutuan menganggap
CEDAW tidak relevan sebagai sumber undang-undang dalam menentukan
sama ada klausa dalam perjanjian kolektif adalah mendiskriminasi wanita. Di
bawah perjanjian kolektif, seorang pramugari yang hamil harus meletakkan
jawatan dan sekiranya dia enggan, Syarikat Penerbangan Malaysia berhak
memecatnya. Syarikat Penerbangan Malaysia memberhentikan Beatrice
kerana dia hamil setelah dia enggan meletakkan jawatan. Beatrice memfailkan
saman menuntut agar dikembalikan semula kerja kepada beliau dan ganti rugi
diberikan atas alasan bahawa perjanjian tersebut dan tindakan penamatan
perkhidmatannya adalah satu diskriminasi berasaskan gender dan ia
melanggar Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Persekutuan (dan
juga Mahkamah Rayuan) tidak merujuk kepada CEDAW dalam penghakiman
sebaliknya menolak permohonan rayuan Beatrice.
•
Walau bagaimanapun, tiga hujah telah dikemukakan agar undang-undang
hak asasi manusia antarabangsa menjadi rujukan dalam perundangan negara,
iaitu:
i. Hujah pertama: Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 telah diiktiraf
oleh undang-undang Malaysia apabila Seksyen 4 (4) Akta Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Manusia 1999 (Akta SUHAKAM) memperuntukkan bahawa
Suruhanjaya harus memberi perhatian kepada UDHR, dalam menjalankan
fungsi dan kuasanya.
ii. Hujah kedua: Doktrin harapan yang sah atau ‘legitimate expectation’ iaitu
seseorang warganegara memiliki harapan yang sah bahawa negara tidak
akan bertindak bertentangan dengan tanggungjawab di bawah perjanjian
yang dipersetujui. Doktrin ini adalah peraturan dalam penafsiran undangundang yang diterima secara meluas, termasuklah dalam sistem dualis,
di mana mahkamah harus, seboleh mungkin, mentafsirkan peruntukan
perlembagaan dan undang-undang selaras dengan kewajipan perjanjian
negara.
iii. Hujah ketiga: Prinsip Bangalore Untuk Tatalaku Kehakiman telah menyenaraikan
nilai dan prinsip yang perlu dipatuhi oleh hakim. Prinsip Banglore ini
menimbulkan kecenderungan bagi mahkamah untuk mempertimbangkan
norma hak asasi antarabangsa dalam memutuskan kes di mana peruntukan
8
9
Merdeka University Berhad v Government of Malaysia, [1982] 1 LNS 1.
Beatrice At Fernandez v. Sistem Penerbangan Malaysia & Anor, [2005] 2 CLJ 713.
17