MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
7.1 Hubungan antara undang-undang antarabangsa dan domestik
• Secara umum, selagi sesebuah negara melaksanakan tanggungjawabnya di
bawah undang-undang antarabangsa, sama ada ia mengamalkan sistem
perundangan monis atau dualis bukanlah sesuatu yang ditentukan oleh undangundang atau masyarakat antarabangsa.
• Undang-undang antarabangsa dan domestik bergantung kepada sistem
perundangan yang wujud di negara tersebut sama ada monis atau dualis.
Definisi monis dan dualis adalah seperti berikut:
i. Monis
Undang-undang antarabangsa adalah lebih ‘superior’ daripada undangundang domestik. Apabila sesuatu undang-undang antarabangsa diterima
pakai oleh organisasi antarabangsa seperti PBB, secara automatik ia akan
menjadi sebahagian daripada undang-undang negara. Ia boleh diguna
pakai oleh mahkamah dan sekiranya berlaku percanggahan antara dua
undang-undang tersebut,
maka undang-undang antarabangsa akan
diutamakan. Contoh negara tersebut adalah Perancis, Austria dan Britain6.
ii. Dualis
Undang-undang antarabangsa dan domestik adalah dua sistem yang
berasingan. Di negara tersebut, undang-undang antarabangsa tidak akan
dianggap sebagai undang-undang domestik sehingga diterima pakai oleh
perundangan atau dasar di dalam negara berkenaan. Contoh negara
tersebut adalah Malaysia, Australia dan Kanada.
•
Walau bagaimanapun, undang-undang adat antarabangsa (yang berbeza
dengan undang-undang triti) perlu dipatuhi oleh setiap negara walaupun ia
tidak dimasukkan ke dalam undang-undang domestik secara rasmi. Contoh
undang-undang adat antarabangsa adalah seperti larangan pembunuhan
beramai-ramai (genocide), prinsip non-refoulment dan imuniti untuk wakil dan
ketua negara asing.
•
Berdasarkan takrifan undang-undang di bawah Perkara 160(2) Perlembagaan
Persekutuan7, dapat difahami bahawa undang-undang antarabangsa tidak
diktiraf sebagai undang-undang kecuali setelah ia dimasukkan ke dalam
undang-undang domestik. Oleh itu, walaupun negara meratifikasi mana-mana
undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, undang-undang tersebut
tidak terpakai secara automatik di Malaysia sehinggalah pindaan dibuat
kepada mana-mana undang-undang domestik berkaitan yang sedia ada atau
draf akta baru dibentang dan dibahas di Parlimen sebelum ia diluluskan untuk
menjadi undang-undang domestik bagi menguatkuasakan undang-undang
antarabangsa tersebut.
Sloss, D. (2011). Domestic Application of Treaties. Boleh diakses di https://digitalcommons.law.scu.edu/cgi/
viewcontent.cgi?article=1620&context=facpubs
7
Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan
Dalam Perlembagaan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ungkapan-ungkapan
yang berikut mempunyai erti sebagaimana yang diberikan dengan ini kepadanya masing-masing, iaitu…..
“Undang-undang” termasuklah undang-undang bertulis, common law setakat yang berkuat kuasa di
dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, dan apa-apa adat atau kelaziman yang mempunyai
kuat kuasa undang-undang di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
…..
6
16