MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
penafian kebebasan atau penyembunyian keadaan atau keberadaan
orang yang hilang, yang menjadikan orang tersebut di luar perlindungan
undang-undang.
•
ICPED terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian 1 (Artikel 1 - 25)
menyenaraikan tanggungjawab negara ahli untuk menjadikan kehilangan
paksa satu kesalahan jenayah; menetapkan hukuman untuk pelaku;
menyiasat dakwaan kehilangan paksa; menjamin hak untuk melaporkan
kes kehilangan paksa; ektradisi; kerjasama antara negara berkaitan kes
kehilangan paksa dan hak mangsa kepada kebenaran. Bahagian 2
(Artikel 26 - 36) berkaitan penubuhan Jawatankuasa mengenai Kehilangan
Paksa (CED), pelaporan negara ahli dan aduan kepada CED. Bahagian 3
(Artikel 37 - 45) adalah berkaitan ratifikasi, pertikaian penafisaran dan pindaan
kepada konvensyen.
ix. Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya 2007 (CRPD)
• Tujuan konvensyen ini adalah untuk mempromosi, melindungi dan
memastikan semua Orang Kurang Upaya menikmati sepenuhnya dan
sama rata semua hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan untuk
mempromosikan penghormatan terhadap maruah diri mereka. Konvensyen
ini mengandungi 50 Artikel.
•
Artikel 3 menyenaraikan prinsip asas CRPD iaitu menghormati maruah diri,
autonomi individu termasuk kebebasan untuk membuat pilihan sendiri, dan
kebebasan diri; tiada diskriminasi; penyertaan sepenuhnya dan berkesan
dalam masyarakat; menghormati perbezaan dan penerimaan Orang Kurang
Upaya sebagai sebahagian daripada kepelbagaian dan kemanusiaan;
kesaksamaan peluang; kebolehcapaian; persamaan antara lelaki dan
wanita; menghormati perubahan kapasiti kanak-kanak kurang upaya
dan menghormati hak kanak-kanak kurang upaya untuk mengekalkan
identiti mereka. Artikel 9 - 30 menyenaraikan hak asasi OKU antaranya hak
kehidupan; situasi risiko dan kecemasan kemanusiaan; pengiktirafan yang
sama di hadapan undang-undang; akses kepada keadilan; kebebasan
dan keselamatan individu; perlindungan daripada penyeksaan atau
layanan dan hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau
menjatuhkan maruah; bebas dari eksploitasi, keganasan dan penderaan;
melindungi integriti individu; kebebasan bergerak dan kewarganegaraan;
hidup berdikari dan dimasukkan dalam komuniti; mobiliti peribadi;
kebebasan bersuara dan pendapat, dan akses kepada maklumat;
menghormati privasi; menghormati rumahtangga dan keluarga; pendidikan;
kesihatan; pemulihan; pekerjaan; taraf hidup dan perlindungan sosial yang
mencukupi; penyertaan dalam kehidupan politik dan awam; penyertaan
dalam kehidupan budaya, rekreasi, riadah dan sukan.
•
Artikel 31 - 50 adalah berkaitan penyimpanan data dan statistik, kerjasama
antarabangsa, penubuhan Jawatankuasa berkenaan Hak Orang Kurang
Upaya, pelaporan negara ahli, ratifikasi, penafsiran konvensyen dan
pentadbirannya.
15