MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
vii. Konvensyen Antarabangsa Mengenai Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran
dan Anggota Keluarga Mereka 1990
• Konvensyen ini berusaha untuk menjamin kesamarataan layanan dan
persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerja migran sebagaimana yang
dinikmati oleh pekerja tempatan. Ia berdasarkan kepada idea asas bahawa
setiap pekerja migran seharusnya mendapat perlindungan yang asasi
dalam pekerjaan. Konvensyen ini mengandungi 93 Artikel yang dibahagikan
kepada 9 bahagian.
•
Bahagian 1 (Artikel 1 - 6) menyentuh mengenai skop konvensyen dan definisi
antaranya definisi pekerja migran adalah seseorang yang akan terlibat,
sedang terlibat atau telah terlibat dalam aktiviti bergaji di negara yang dia
bukan warganegara. Bahagian 2 iaitu Artikel 7 menetapkan prinsip tiada
diskriminasi dari segi hak asasi untuk pekerja migran dan keluarga mereka.
Bahagian 3 (Artikel 8 - 35) menyenaraikan hak asasi semua pekerja migran
dan keluarga mereka antaranya hak kepada kehidupan; perlindungan
daripada penyeksaan dan perhambaan; kebebasan berfikir dan mempunyai
pandangan; perlindungan daripada penahanan arbitrari; hak kepada
pendidikan dan untuk mendaftar kelahiran serta kewarganegaraan untuk
anak dan akses kepada rawatan kesihatan. Bahagian 4 (Artikel 36 - 56)
menyenaraikan hak yang khusus untuk pekerja migran dan keluarga mereka
yang berdokumen termasuk hak untuk dimaklumkan tentang syarat-syarat
dan keperluan yang perlu mereka penuhi untuk bekerja di negara berkenaan;
hak untuk bergerak dan tinggal; hak untuk mengundi bagi negara asal;
layanan yang sama rata dengan pekerja tempatan; perlindungan untuk
penyatuan keluarga; dan hak memindahkan pendapatan yang diperolehi.
Bahagian 5 (Artikel 57 - 63) adalah peruntukan yang terpakai untuk pekerja
migran yang khusus, bahagian 6 (Artikel 64 - 71) mempromosikan keadaan
yang sihat, adil, berperikemanusiaan dan sah berkaitan dengan migrasi
di peringkat antarabangsa oleh pekerja dan anggota keluarga mereka,
bahagian 7 (Artikel 72 - 78) berkaitan penubuhan Jawatankuasa Pekerja
Migran (CMW) untuk memantau pelaksanaan konvensyen, bahagian 8 (Artikel
79 - 84) berkaitan peruntukan umum dan bahagian 9 (Artikel 85 - 93) berkaitan
pentadbiran konvensyen.
viii. Konvensyen Antarabangsa untuk Perlindungan Semua Orang dari Kehilangan
Paksa 2006 (ICPED)
• Konvesyen ini menetapkan tanggungjawab ke atas negara untuk melindungi
seseorang daripada diculik atau dipenjarakan secara rahsia oleh negara
atau organisasi politik atau oleh pihak ketiga dengan kebenaran, sokongan,
atau persetujuan negara atau organisasi politik, diikuti dengan keengganan
untuk mengakui nasib dan keberadaan orang itu, dengan tujuan meletakkan
mangsa di luar perlindungan undang-undang. Konvensyen ini mengandungi
45 Artikel.
•
Artikel 2 ICPED menakrifkan ‘kehilangan paksa’ sebagai penangkapan,
penahanan, penculikan atau bentuk lain dari penafian kebebasan oleh ejen
negara atau oleh individu atau kumpulan orang yang bertindak dengan
kebenaran, sokongan atau persetujuan negara, diikuti dengan tidak mengakui
14