MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA • Artikel 17 - 22 menubuhkan Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita (Jawatankuasa CEDAW), pemantauan pelaksaan CEDAW dan pelaporan oleh negara ahli. Manakala Artikel 23 - 30 adalah berkaitan ratifikasi, penafsiran konvensyen, dan pertikaian antara negara ahli berkaitan konvensyen. v. Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah 1984 (UNCAT) • Konvesyen ini memerlukan negara mengambil langkah-langkah yang efektif untuk menyekat penyeksaan daripada berlaku di bawah bidang kuasa mereka. Ia juga menghalang negara daripada memindahkan mana-mana individu ke tempat di mana individu berkenaan akan terdedah kepada penyeksaan. Konvensyen ini mengandungi 33 Artikel. • Artikel 1 memberikan takrifan ‘penyeksaan’ sebagai kesakitan dan penderitaan yang teruk (fizikal atau mental) akibat daripada perbuatan yang disengajakan untuk tujuan tertentu seperti mendapatkan maklumat atau pengakuan, satu bentuk hukuman, ugutan atau diskriminasi dan lain-lain lagi disebabkan oleh hasutan atau kebenaran atau di bawah pengetahuan kakitangan kerajaan atau mana-mana individu yang bertindak atas kapasiti rasmi. • Artikel 2 – 16 menyenaraikan tanggungjawab negara ahli antaranya pencegahan penyeksaan dan kemutlakannya; ‘non-refoulement’; menjadikan penyeksaan satu jenayah; bidang kuasa negara ahli ke atas penyeksaan; urusan penjagaan dan prosedur siasatan; ekstradisi, pendakwaan dan bantuan perundangan bersama; pendidikan dan latihan; semakan semula prosedur penahanan; siasatan yang segera dan bebas; prosedur aduan; hak mangsa kepada penyelesaian dan pemulihan; bukti diperolehi melalui penyeksaan tidak boleh diterima; dan pencegahan layanan dan hukuman yang kejam, tidak berperikemanusian atau menjatuhkan maruah. Artikel 17 - 24 adalah berkaitan penubuhan Jawatankuasa Menentang Penyeksaan (CAT) untuk memantau pelaksanaan konvensyen. Artikel selebihnya iaitu 25 31 adalah berkaitan pematuhan, ratifikasi dan penafsiran konvensyen. vi. Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak 1989 (CRC) • Konvensyen ini memberikan takrifan kanak-kanak sebagai individu yang berusia di bawah 18 tahun (Artikel 1). Konvensyen ini mengandungi 54 Artikel yang menggariskan hak kanak-kanak yang merangkumi antaranya kanakkanak tidak boleh dieksploitasi sebagai buruh yang murah dan tentera; hak kepada makanan berkhasiat; prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak; air yang bersih; penjagaan kesihatan; pendidikan percuma; kelangsungan dan pembangunan kehidupan; hak kepada kebudayaan; agama; dan bahasa (Artikel 2 - 41). • Artikel 42 - 45 menubuhkan Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak (Jawatankuasa CRC) untuk memantau pelaksanaan CRC. Manakala Artikel 46 - 54 adalah berkaitan ratifikasi, pindaan dan pentadbiran Konvensyen tersebut. 13 

Select target paragraph3