MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA • Artikel selebihnya mengatur penubuhan Jawatankuasa Hak Asasi Manusia untuk memantau pelaksanaaan ICCPR serta prosedur aduan dan pentadbiran Kovenan. iii. Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya 1976 (ICESCR) • ICESCR adalah sebahagian daripada Rang Undang-Undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa. Ia memperuntukkan hak setiap individu dari segi ekonomi, sosial dan budaya yang harus dihormati, dipenuhi dan dilindungi oleh negara ahli. ICESCR mengandungi 31 Artikel. • Artikel 1 mengiktiraf hak setiap individu menentukan nasib sendiri. Artikel 2 – 3 menyenaraikan prinsip asas iaitu realisasi progresif; hak sama rata dan tiada diskriminasi; dan pembatasan hak mengikut undang-undang hanya untuk menjaga kebajikan umum dalam masyarakat demokratik. Artikel 6 -15 menyenaraikan hak-hak ekonomi, sosial dan budaya seperti hak kepada pekerjaan, hak keselamatan sosial, hak kesatuan sekerja, bantuan kepada keluarga, hak kepada taraf hidup yang memadai, akses kepada kesihatan, hak kepada pendidikan dan penyertaan dalam kebudayaan. • Artikel 16 – 31 adalah berkaitan laporan dan pemantauan pelaksanaan, ratifikasi, penguatkuasaan dan pindaan ICESCR. iv. Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita 1979 (CEDAW) • CEDAW adalah kovensyen yang bermatlamat memastikan wanita mempunyai hak yang sama rata dari segi sivil, politik, sosial dan budaya serta menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita. CEDAW mengandungi 30 Artikel. • Artikel 1 memberikan definisi ‘diskriminasi terhadap wanita’ sebagai apa-apa perbezaan, pengecualian atau sekatan yang dibuat berdasarkan jantina yang mempunyai kesan atau tujuan menjejaskan atau membatalkan pengiktirafan, pengnikmatan atau penggunaan hak asasi manusia dan kebebasan asasi dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, sivil atau bidang lain oleh wanita tanpa mengira status perkahwinan mereka, dan atas dasar kesetaraan lelaki dan wanita. Artikel 2 – 6 mempertanggungjawabkan negara ahli untuk mengambil segala langkah sama ada perundangan, pendidikan, dasar dan amalan untuk menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam bidang politik, sosial, ekonomi dan budaya dan membenarkan langkah khas sementara untuk mencapai kesetaraan. Artikel 7 – 16 mempertanggungjawabkan negara ahli agar mengambil langkah untuk memastikan wanita mendapat hak yang sama rata untuk menyertai kehidupan politik dan awam; menyertai kerajaan dan badan bukan kerajaan; mendapat kerakyatan; kesamarataan dalam bidang pendidikan, pekerjaaan, penjagaan kesihatan serta kehidupan ekonomi dan sosial; bantuan kepada wanita di pedalaman; kesamarataan dari segi undang-undang dan perkahwinan. 12 

Select target paragraph3