MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
•
Artikel 2 hingga 7 menyenaraikan tanggungjawab negara ahli untuk
mengambil segala langkah untuk menghapuskan diskriminasi kaum dan
mempromosi kesefahaman antara kaum, mencegah pemisahan kaum
dan aparteid, mengutuk propaganda dan organisasi yang berasaskan
idea ketuanan satu kaum, menjamin hak sama rata untuk setiap kaum,
menubuhkan tribunal untuk memberi perlindungan dan remedi berkaitan
diskriminasi kaum dan mengambil pendekatan yang segera serta efektif
melalui pengajaran, pendidikan, budaya dan maklumat untuk melawan
prejudis yang menyebabkan diskriminasi kaum serta mempromosi
kesefahaman dan toleransi.
•
Artikel selebihnya memperuntukkan pemilihan Jawatankuasa Penghapusan
Diskriminasi Kaum (CERD) untuk memantau pelaksanaan konvensyen
(Artikel 8); keperluan negara ahli mengemukakan secara berkala laporan
mengenai pelaksanaan tanggungjawab mereka untuk diteliti oleh CERD
(Perkara 9); membenarkan CERD memeriksa aduan individu terhadap
pemerintah di mana negara-negara ahli yang bersangkutan telah sepakat
(Artikel 14); dan urusan berkaitan prosedur dan pentadbiran konvensyen
(Artikel 15 – 25).
ii. Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik 1976 (ICCPR)
• ICCPR, Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya
(ICESCR) dan UDHR adalah merupakan Rang Undang-Undang Hak Asasi
Manusia Antarabangsa. ICCPR menyenaraikan hak-hak sivil dan politik
setiap individu yang harus dihormati, dilindungi dan dipenuhi oleh negara ahli.
ICCPR mengandungi 53 Artikel.
•
Artikel 1 mengiktiraf hak semua orang untuk menentukan nasib sendiri.
Artikel 2 - 5 mempertanggungjawabkan negara ahli membuat undangundang untuk menguatkuasa hak-hak di dalam ICCPR, tiada diskriminasi
dalam menikmati hak-hak tersebut termasuk wanita, dan hak berkenaan
hanya boleh dibatasi pada masa darurat yang mengancam keselamatan
negara kecuali untuk beberapa hak mutlak seperti hak untuk hidup,
kebebasan dari penyeksaan dan perlindungan daripada perhambaan.
•
Artikel 6 - 27 menyenaraikan hak-hak tersebut antaranya hak untuk hidup dan
bebas dari penyeksaan serta perhambaan (Artikel 6, 7, dan 8); kebebasan
dan keselamatan diri, layanan secara kemanusiaan dalam tahanan, dan
penahanan tidak digunakan kerana kegagalan memenuhi tanggungjawab
kontrak
(Artikel 9 - 11); keadilan prosedur dalam undang-undang,
perbicaraan yang adil dan tidak berat sebelah, anggapan tidak bersalah,
perlindungan daripada undang-undang retrospektif dan pengiktirafan
sebagai individu di hadapan undang-undang (Artikel 14, 15, dan 16);
kebebasan bergerak, kebebasan pemikiran, hati nurani dan agama,
ucapan,
pergaulan
dan
perhimpunan,
hak
berkeluarga,
hak
kewarganegaraan, dan hak privasi (Artikel 12, 13, 17 - 24); larangan
melakukan sebarang propaganda untuk perang dan kebencian (Artikel 20);
penyertaan politik dan hak memilih kerajaan (Artikel 25); hak minoriti dan
persamaan di hadapan undang-undang (Artikel 26 dan 27).
11