MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Ulasan umum (General comment) - Tafsiran badan triti terhadap mana-mana peruntukan
di dalam triti hak asasi manusia atau isu tematik atau kaedah pelaksanaannya. Tujuan
ulasan umum adalah untuk memberikan penjelasan kepada tugas pelaporan negara ahli
berkaitan peruntukan tertentu dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan peruntukan
berkenaan. Dikenali juga sebagai “cadangan umum” (general recommendation).
Undang-undang antarabangsa - tanggungjawab perundangan sesebuah negara dalam
perlakuan mereka antara satu sama lain, dan perlakuan mereka terhadap individu
yang berada di dalam sempadan negara. Domain undang-undang antarabangsa
merangkumi berbagai isu keprihatinan antarabangsa antaranya seperti hak asasi manusia,
perlucutan senjata, jenayah antarabangsa, pelarian, migrasi, masalah kewarganegaraan,
layanan tahanan, penggunaan kekerasan, dan pelaksanaan perang. Undang-undang
antarabangsa juga mengatur kebersamaan dunia (commons global), seperti alam sekitar
dan pembangunan lestari, perairan antarabangsa, angkasa lepas, komunikasi global dan
perdagangan dunia.
Undang-undang adat antarabangsa - amalan yang diperakui dalam undang-undang
berdasarkan adat dan tradisi. Untuk menjadi undang-undang adat antarabangsa,
sesuatu amalan harus memenuhi dua elemen: amalan yang seragam dan konsisten bagi
kebanyakan negara untuk tempoh masa lama dan kepercayaan bahawa amalan tersebut
wajib (opinio juris). Ini adalah sumber undang-undang antarabangsa yang penting dan
berfaedah kerana mengikat semua negara, sama ada mereka telah bersetuju kepada
sesuatu triti.
179
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents