MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
Protokol Pilihan (optional protocol) - triti yang mengubah triti lain dengan menambahkan
prosedur atau peruntukan tambahan. Ia disebut ‘pilihan’ kerana negara yang telah
meratifikasi perjanjian asal dapat memilih sama ada untuk meratifikasi perubahan yang
dibuat dalam protokol.
Ratifikasi - proses di mana badan perundangan negara mengesahkan tindakan kerajan
menandatangani sesuatu triti; prosedur rasmi di mana sesebuah negara terikat dengan triti
setelah meratifikasinya dan negara tersebut menjadi negara ahli kepada triti berkenaan.
Reservasi – satu pernyataan yang dibuat oleh negara di mana ia bermaksud mengecualikan
atau mengubah kesan undang-undang sesuatu peruntukan dalam triti yang diterapkan
kepada Negara tersebut. Dengan reservasi membolehkan negara untuk menyertai triti yang
mengandungi sesetengah peruntukan yang tidak dipersetujuinya. Negara boleh membuat
reservasi untuk triti ketika mereka menandatangani, meratifikasi, menerima, menyetujui atau
aksesi kepada triti tersebut. Reservasi dutadbir di bawah Konvensyen mengenai Undangundang Triti, dan tidak boleh bertentangan dengan objektif dan tujuan triti. Reservasi tidak
boleh dilaksana sekiranya (a) reservasi dilarang oleh triti; atau (b) triti tersebut menyatakan
bahawa hanya reservasi tertentu yang dapat dibuat dan ini tidak termasuk reservasi
yang dimaksudkan. Negara ahli yang lain boleh mengemukakan bantahan atas reservasi
sesebuah negara ahli. Reservasi boleh ditarik sepenuhnya atau sebahagian oleh negara
ahli pada bila-bila masa.
Rukun Negara - adalah perisytiharan falsafah kebangsaan Malaysia yang diumumkan pada
31 Ogos 1970, sebagai reaksi kepada insiden rusuhan kaum yang terjadi pada 13 Mei 1969.
Ia dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh antara rakyat
Malaysia yang berbilang kaum. Ia menggariskan lima prinsip iaitu Kepercayaan Kepada
Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan
Undang-undang; dan, Kesopanan dan Kesusilaan.
Sejagat - Prinsip bahawa semua hak asasi manusia dimili oleh semua individu di semua
negara dan masyarakat di dunia.
Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR) - Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) adalah suruhanjaya berfungsi
dalam kerangka keseluruhan PBB dari tahun 1946 sehingga digantikan oleh Majlis Hak Asasi
Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2006.
Tindakan afirmitif - tindakan yang diambil oleh kerajaan atau pihak swasta untuk menebus
diskriminasi masa lalu contohnya diskriminasi dalam pendidikan dan diskriminasi terhadap
golongan tertentu contohnya wanita, bangsa, kumpulan etnik, agama atau kecacatan
tertentu. Tindakan afirmatif adalah salah satu cara untuk memberikan keadilan kepada
kumpulan yang kurang bernasib baik. Tindakan afirmatif harus dilihat sebagai langkah
sementara sehingga kesaksamaan tercapai.
Totalitarian – suatu sistem pemerintahan yang berpusat dan berbentuk diktator di mana
rakyat perlu tunduk sepenuhnya kepada kerajaan.
Triti antarabangsa - (digunakan secara sinonim dengan konvensyen dan kovenan); perjanjian
rasmi antara negara yang menentukan dan mengubah tugas dan tanggungjawab
bersama.
178
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents