MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 26. Antara berikut manakah pernyataan yang SALAH mengenai penguatkuasaan berlandaskan hak asasi manusia? a. Pelanggaran hak asasi manusia tidak berlaku apabila polis menggunakan kekerasan yang berkadaran dan selaras dengan undang-undang semasa menjalankan proses tangkapan. b. Garis panduan hak asasi manusia mengandungi peruntukan yang membenarkan batasan terhadap hak individu dalam keadaan tertentu. c. Kebebasan individu perlu sentiasa dilindungi dan tidak boleh disekat langsung. d. Penahanan ke atas seseorang individu adalah melanggar hak asasi manusia sekiranya ia dibuat tanpa berlandaskan undang-undang. 27. Manakah antara berikut merupakan analisis yang perlu diambilkira sebelum menggunakan sebarang kekerasan yang berkadaran? i. Arahan pihak atasan ii. Keperluan tindakan iii. Kesesuaian tindakan iv. Hasil tindakan a. i, ii dan iii c. ii. iii dan iv b. i, ii dan iv d. Semua di atas 28. Antara berikut, yang manakah merupakan rujukan piawaian hak asasi manusia dalam penguatkuasaan undang-undang di peringkat tempatan? i. Perlembagaan Persekutuan ii. Akta Polis 1967 iii. Kanun Keseksaan iv. Peraturan-Peraturan Lokap a. i, ii dan iii b. i, ii dan iv c. ii. iii dan iv d. Semua di atas 29. Apakah yang dimaksudkan dengan kepatuhan terhadap undang-undang (rule of law)? a. Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi undangundang tanpa mengira status sosial b. Undang-undang boleh dipinda berdasarkan kepentingan parti yang memerintah c. Kepatuhan terhadap undang-undang menyebabkan hak asasi manusia disekat d. Walaupun undang-undang yang diluluskan dilihat zalim, rakyat tetap perlu mematuhi undang-undang tersebut tanpa prejudis 30. Pihak polis boleh menggunakan kekerasan sehingga mencederakan orang kena tangkap (OKT) sekiranya OKT enggan memberikan kerjasama semasa proses tangkapan dan siasatan. Adakah pernyataan ini BENAR atau SALAH? a. Benar b. Salah Modul 4: Aplikasi Prinsip Hak Asasi Manusia Dalam Siasatan Polis 31. Antara berikut yang manakah TIDAK BENAR berkaitan prosedur pemeriksaan oleh anggota polis? a. Kecurigaan yang munasabah mesti wujud sebelum pemeriksaan dilakukan oleh anggota polis b. Pemeriksaan yang tidak intrusif didahulukan berbanding pemeriksaan yang instrusif c. Pegawai yang memeriksa hendaklah menghormati sensitiviti agama dan budaya individu yang diperiksa d. Pemeriksaan tidak boleh dilakukan ke atas warga emas dan wanita mengandung 165 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents