MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 12. Berdasarkan kepada situasi di atas, siapakah pemegang hak (rights holder) dan pemikul tanggungjawab (duty bearer) dari segi hak asasi manusia? a. pemegang hak- kerajaan : pemikul tangungjawab - peserta perhimpunan b. pemegang hak- anggota polis : pemikul tangungjawab - peserta perhimpunan c. pemegang hak- anggota polis dan peserta perhimpunan : pemikul tangungjawab - kerajaan d. pemegang hak – pencetus provokasi : pemikul tangungjawab - kerajaan 13. Apakah hak asasi manusia yang terlibat dalam situasi di atas? a. Hak berhimpun secara aman dan hak kepada nyawa dan keselamatan b. Hak mencetuskan provokasi c. Hak mendapatkan peruntukan yang mencukupi d. Hak menyuarakan bantahan secara agresif 14. Apakah yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan hak anggota polis dilindungi dalam situasi di atas? i. Memberikan latihan berkala kepada anggota polis sebelum memberi penugasan ii. Membekalkan peralatan keselamatan yang mencukupi kepada anggota polis iii. Menyediakan perancangan yang rapi sebelum operasi termasuk dari segi keselamatan anggota iv. Memastikan mereka yang bertanggungjawab mencetuskan rusuhan dihukum a. i, ii dan iii b. i dan iii c. i, ii, iii dan iv d. ii, iii dan iv 15. Dalam situasi di atas, apakah hak asasi anggota polis yang telah dicabuli? a. Hak kepada waktu rehat b. Hak kepada elaun kerja yang lebih c. Hak kepada keselamatan diri dan keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah d. Hak kepada peruntukan yang mencukupi Bagi soalan 16 sehingga 20, pilih sama ada pernyataan berikut benar atau salah berdasarkan kepada konsep hak asasi manusia. 16. Seorang anggota polis yang dituduh mengambil rasuah harus dilayan dan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah. a. Benar b. Salah 17. Anggota polis boleh diarahkan bekerja secara berterusan tanpa sebarang pertimbangan waktu rehat kerana mereka tidak mempunyai hak kepada waktu rehat. a. Benar b. Salah 18. Antara hak asasi anggota polis adalah memastikan penjenayah dihukum. a. Benar b. Salah 19. Pegawai polis sebagai agen negara mempunyai tanggungjawab untuk memastikan hak asasi individu dilindungi, dihormati dan dipenuhi melalui penguatkuasaan undangundang secara adil dan saksama. a. Benar b. Salah 163 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents