MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 6. Antara berikut yang manakah dikira sebagai hak mutlak atau non-derogable rights? a. Hak bersuara b. Kebebasan diri c. Hak memiliki harta d. Perlindungan daripada penyeksaan 7. Antara berikut, perjanjian hak asasi manusia antarabangsa yang manakah yang masih belum ditandatangani oleh Malaysia? a. CRPD b. UNCAT c. CRC d. CEDAW 8. Berikut adalah pembahagian kategori hak asasi manusia yang betul, KECUALI.... a. Hak asasi barat dan Hak asasi timur b. Hak sivil dan politik dan Hak ekonomi, sosial dan budaya c. Hak yang mutlak dan Hak yang terhad d. Hak generasi pertama, Hak generasi kedua dan Hak generasi ketiga 9. Pilih prinsip-prinsip asas hak asasi manusia yang tepat. a. Sejagat, Mutlak dan Tiada Diskriminasi b. Tiada Diskriminasi, Bebas dan Aman c. Sejagat, Sama rata dan Saling bergantungan d. Relatif, Diskriminasi dan Saling berkaitan 10. Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi dan kuasa SUHAKAM? a. menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumus undang-undang dan arahan pentadbiran berkaitan hak asasi manusia b. menjalankan inkuiri berkenaan aduan pelanggaran hak asasi manusia c. mengemuka pertuduhan terhadap individu yang melanggar hak asasi manusia di mahkamah d. melawat tempat tahanan dan membuat syor penambahbaikan Modul 2: Hak asasi manusia pegawai dan anggota polis 11. Pilih pernyataan yang benar daripada pernyataan-pernyataan berikut: a. Hak asasi manusia tidak merangkumi hak asasi individu yang menjadi penguatkuasa undang-undang. b. Pegawai dan anggota polis hanya mempunyai hak asasi manusia ketika di luar waktu tugasan atau setelah meninggalkan perkhidmatan polis. c. Hak asasi manusia bagi pegawai dan anggota polis adalah sama dengan individu lain kecuali terdapat sekatan tertentu yang wajar dengan perkhidmatan tersebut. d. Hak asasi manusia bagi pegawai dan anggota polis sama sepenuhnya dengan individu lain termasuk dari segi sekatan. Soalan 12 hingga 15 adalah berdasarkan kepada pernyataan di bawah: “Satu pasukan polis telah ditugaskan untuk mengawal selia satu perhimpunan bantahan secara aman. Mereka tidak dibekalkan dengan peralatan serta diberikan latihan yang mencukupi sebelum menjalankan tugas kerana kekurangan peruntukan. Perhimpunan bertukar menjadi ganas akibat daripada provokasi beberapa individu. Seorang peserta perhimpunan telah melempar batu ke arah polis sehingga mencederakan seorang anggota.” 162 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents