MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
-
Hertzberg lawan Finland:4
o Sekumpulan penulis mengadu bahawa kebebasan bersuara mereka
di bawah Artikel 19 ICCPR5 telah dicabuli apabila kerajaan melarang
tayangan program televisyen yang mengandungi elemen homoseksual.
o Kerajaan Finland berhujah bahawa tindakan tersebut untuk melindungi
moral awam. Ketika memutuskan bahawa tiada pelanggaran Artikel 19
ICCPR, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB (HRC) menyatakan bahawa:
“Pertamanya perlu diakui bahawa moral awam adalah sangat berbeza.
Tidak ada piawaian yang sama terpakai untuk semua. Sehubungan itu,
dalam hal ini, sebahagian ‘margin of discretion’ patut diberikan kepada
pihak berkuasa”
o
HRC walaupun tidak secara jelas menggunakan doktrin ‘margin of
appreciation’ tetapi secara tidak langsung merujuk kepada maksud doktrin
tersebut.
iii. Hak Asasi Manusia adalah saling bergantung dan tidak boleh dibahagikan
(Interdependance and Indivisibility)
- Semua hak asasi manusia tidak boleh dipisahkan, sama ada hak sivil dan politik
atau hak ekonomi, sosial dan kebudayaan seperti berikut:
o hak sivil dan politik seperti hak untuk hidup, kesaksamaan di sisi undangundang dan kebebasan bersuara;
o hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, seperti hak untuk bekerja,
keselamatan sosial dan pendidikan.
-
Sebagai contoh apabila seseorang dinafikan hak kepada kewarganegaraan,
individu tersebut turut dinafikan hak yang lain seperti hak kepada pendidikan,
kesihatan, penyertaan dalam pemerintahan dan hak kepada kebebasan diri.
iv. Hak asasi manusia adalah sama rata dan tanpa bersifat diskriminasi (Equality and
Non-Discrimination)
- Undang-undang hak asasi manusia antarabangsa adalah bersifat sama rata
dan tanpa diskriminasi. Prinsip ini terdapat dalam semua undang-undang hak
asasi manusia seperti Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan
Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman, Konvensyen Penghapusan Segala
Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita dan Konvensyen Mengenai Hak KanakKanak.
-
Prinsip ini terpakai kepada setiap individu dalam menikmati semua hak asasi
manusia dan kebebasan. Artikel 1 UDHR menyatakan “semua manusia
Leo Hertzberg et al. v. Finland, Communication No. 61/1979, U.N. Doc.CCPR/C/15/D/61/1979. Boleh diakses di
pautan berikut https://juris.ohchr.org/Search/Details/337.
5
Artikel 19 ICCPR:
1. Setiap orang berhak untuk memberikan pendapat tanpa gangguan.
2. Setiap orang mempunyai hak kepada kebebasan bersuara; hak ini merangkumi kebebasan untuk mencari,
menerima dan menyampaikan maklumat dan pelbagai idea, tanpa mengira sempadan, sama ada secara
lisan, bertulis atau bercetak, dalam bentuk seni, atau melalui media lain yang menjadi pilihannya.
3. Pelaksanaan hak yang diperuntukkan dalam perenggan 2 artikel ini membawa tugas dan tanggungjawab
khusus. Oleh itu, ia boleh dikenakan sekatan-sekatan tertentu, tetapi hanya sebagaimana yang diperuntukkan
oleh undang-undang dan apabila perlu:
(a) Untuk menghormati hak atau reputasi orang lain;
(b) Untuk melindungi keselamatan negara atau ketenteraman awam, atau kesihatan awam atau moral.
4
8