MODUL HAK ASASI MANUSIA
UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
6.18 Akhir sekali, badan kehakiman hendaklah mengambil semua langkah yang perlu
bagi memastikan bahawa mereka yang bertanggungjawab terhadap penyeksaan
atau layanan buruk dibawa ke pengadilan dan tertakluk kepada hukuman yang
sewajarnya.
Penyebaran
6.19 Kerajaan patut menyebarkan Prinsip-prinsip ini kepada semua badan eksekutif,
perundangan dan kehakiman yang relevan, terutamanya pihak penguatkuasa
undang-undang dan badan berkuasa pengumpulan maklumat yang lain.
6.20 Penyebaran dengan kerjasama badan pemerhati, organisasi masyarakat sivil, dan
orang awam akan membina kepercayaan masyarakat terhadap pihak berkuasa
siasatan.
6.21 Kerajaan patut mengumpul maklumat langkah-langkah yang diambil oleh pihak
berkuasa yang relevan dalam melaksanakan Prinsip-prinsip Temubual Berkesan bagi
Penyiasatan dan Pengumpulan Maklumat, dan melaporkan perkembangannya
kepada badan-badan antarabangsa dan serantau yang relevan.
159
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents