MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA
5.34 Bagi dakwaan serius termasuk penyeksaan, aduan hendaklah disiasat oleh sebuah
entiti bebas. Kerajaan patut menubuhkan mekanisme luar bagi siasatan dan aduan
yang tidak terikat secara kewangan dan pengendalian dengan perkhidmatan
penguatkuasa undang-undang dan pendakwaan atau mana-mana agensi yang
bertanggungjawab ke atas orang yang dilucutkan kebebasannya itu. Untuk menjadi
berkesan dan bebas, mekanisme sedemikian patut mempunyai kuasa siasatan yang
cukup, sokongan politik, sumber manusia dan kewangan, dan kompeten untuk
mengemukakan cadangan dan menguruskan tindakan susulan.
5.35 Semua aduan hendaklah dilindungi daripada sebarang tindak balas dan kesan buruk
yang disebabkan oleh aduan yang dibuat.
Tebus Rugi (Redress) dan Reparasi
5.36 Menebus rugi mangsa penyeksaan atau layanan buruk lain ialah hak asasi manusia
yang menggalakkan kebertanggungjawapan dan pengembalian maruah. Tebus rugi
memberikan isyarat tentangan yang kuat terhadap perlanggaran kewajipan yang
wujud dan mesti merangkumi gabungan restitusi, pampasan, pemulihan, penyelesaian
dan jaminan untuk tidak mengulang lagi. Remedi hendaklah berpatutan dengan
kemudaratan yang diakibatkan.
5.37 Akses kepada remedi bagi penyeksaan atau layanan buruk yang lain tidak boleh
dikenakan syarat pengecaman, siasatan atau pendakwaan pelaku; itu hanya perlu
untuk menunjukkan bahawa ada kejadian sedemikian yang berlaku.
5.38 Menyingkirkan keterangan yang diperoleh melalui penyeksaan atau layanan buruk
yang lain merupakan hak orang yang ditemubual dan merupakan remedi yang
berkesan terhadap salahlaku penemubual.
Prinsip 6 – Pelaksanaan temubual yang berkesan memerlukan langkahlangkah kerajaan yang ketat.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Huraian
6.1 Bagi melaksanakan Prinsip-prinsip ini, Kerajaan perlu mengadaptasi dan membangunkan
kerangka yang wajar dalam aspek undang-undang, dasar, kawalselia dan institusi dan
juga memastikan pengawasan kehakiman terhadap pihak berkuasa temubual. Ini
akan memerlukan usaha yang berterusan dan penyelarasan oleh pihak yang relevan
di peringkat domestik.
6.2 Dengan melaksanakan langkah-langkah kebangsaan yang kukuh, pihak berkuasa
menunjukkan keazaman dan komitmen jangka panjang untuk:
a. Membanteras penganiayaan melalui proses temubual dan memastikan piawaian
hak asasi manusia antarabangsa dipatuhi
b. Menyediakan latihan temubual yang sesuai dan mencukupi untuk semua pihak
berkuasa yang relevan
156
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents