MODUL HAK ASASI MANUSIA UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA 4.3 Penetapan standard yang tinggi patut dijayakan dengan perekrutan yang ketat dan kompetetif pegawai-pegawai berdasarkan kriteria pemilihan dan proses yang menghasilkan kepelbagaian kakitangan berkemahiran bagi menemubual. Latihan Spesifik 4.4 Latihan yang spesifik akan memastikan ketekalan cara penemubual membuat persediaan dan struktur temubual. Latihan hendaklah juga mengajar metodologi amali menggunakan penyelidikan yang relevan bagi menunjukkan bahawa teknikteknik menemubual yang tertentu boleh memudahkan perolehan keterangan yang tepat dan boleh dipercayai dan meminimakan risiko mendapat maklumat salah. 4.5 Kandungan latihan temubual yang berkesan haruslah termasuk membuktikan kepentingan temubual sebagai sebahagian daripada proses penyiasatan atau pengumpulan maklumat yang lebih luas, dan pastinya adalah sebahagian daripada proses keadilan yang lebih luas, tanpa mengira bidang kuasa. Penekanan terhadap keberkesanan temubual dan perlindungan yang relevan ialah kunci bagi memastikan Kerajaan mematuhi tanggungjawabnya terhadap hak asasi individu, dan menghalang penyeksaan atau layanan buruk. 4.6 Elemen penting latihan temubual berkesan termasuklah bagaimana untuk: a. Kekal bersikap terbuka dan mengelakkan prejudis b. Merancang dan bersedia secara strategik c. Membina dan mengekalkan hubungan baik d. Mengenal pasti dan bertindakbalas terhadap keperluan tertentu orang yang ditemubual e. Mematuhi undang-undang hak asasi manusia antarabangsa f. Memastikan perlindungan terpakai sepanjang proses temubual g. Menggunakan teknik-teknik menyoal yang disokong secara saintifik h. Menggunakan kemahiran pendengaran aktif dan membenarkan orang yang ditemubual menjawab soalan dengan lengkap i. Berinteraksi dengan orang yang keberatan ditemubual j. Berinteraksi dengan peguam orang yang ditemubual k. Memulakan dan mengakhiri temubual secara profesional l. Membuat analisis terhadap maklumat yang dikumpul m. Menilai proses temubual dengan niat untuk meningkatkan kemahiran 4.7 Latihan menemubual patut dibuat dalam tempoh yang mencukupi untuk menanam asas teori yang perlu dan pengetahuan amali, dan merangkumi sesi latihan yang banyak menggunakan senario operasi yang realistik, dengan maklum balas daripada pihak atasan dan rakan sejawat. 4.8 Penyertaan orang-orang yang pernah ditemubual dan profesional lain (seperti kakitangan perubatan, jurubahasa, dan orang sokongan) dalam sesi berasaskan senario boleh mengayakan pengalaman latihan. 150 

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents